Skip to main content

Hiburan

Ameng Spring Kini Bergelar Datuk

Ameng Spring Kini Bergelar Datuk

Sekilas

  • Ameng Spring atau Wan Aminuddin Wan Ismail kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang ke-67.
  • Selain Ameng, bekas pemain bola sepak See Kim Seng dan pengulas sukan Abu Bakar Atan turut menerima anugerah DIMP.
  • Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Ameng di media sosial atas gelaran yang diterimanya.
Advertisement

Penyanyi, Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail kini bergelar Datuk selepas menjadi salah seorang penerima bagi Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Beliau yang berasal dari Besut, Terengganu menerima anugerah berkenaan bersempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Advertisement

Selain Ameng, bekas pemain bola sepak negara See Kim Seng serta pengulas sukan Abu Bakar Atan turut dikurniakan DIMP.

Menerusi media sosial, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah buat Ameng atas gelaran yang diterimanya itu.

Pada istiadat itu, baginda turut berkenan mengurniakan darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada lima penerima termasuk Ketua Polis Daerah Rompin Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi, manakala Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dikurniakan kepada seorang penerima dan dua individu lagi dikurniakan Ahli Mahkota Pahang (AMP)

Advertisement

Sumber: Kosmo, Instagram

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement