Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Ameng Spring Sanggup Cari Saari Amri Hingga Ke Studio Demi Lagu Butakah Cinta - “Kami Merayu Cakap…”

Astro Gempak 407

Sekilas

  • Ameng dari kumpulan Spring berkongsi kisah di sebalik lagu hit Butakah Cinta yang diperoleh hasil rayuan kepada komposer terkenal Saari Amri.
  • Ketika itu, Saari Amri sedang popular dengan lagu-lagu untuk kumpulan Ukays dan Slam, jadi Spring tidak mahu ketinggalan mendapatkan lagu daripadanya.
  • Spring sanggup pergi sendiri ke Studio Menora untuk merayu dan akhirnya berjaya mendapatkan lagu Butakah Cinta daripada Saari Amri.
Advertisement

Penyanyi kumpulan Spring, Ameng berkongsi kisah di sebalik kejayaan lagu hit Butakah Cinta yang rupa-rupanya diperoleh hasil usaha dan rayuan kepada komposer terkenal, Saari Amri.

Menurut Ameng, ketika itu Saari Amri sedang berada di puncak populariti dengan menghasilkan lagu-lagu untuk kumpulan terkenal seperti Ukays dan Slam.

Advertisement

“Saari Amri tengah viral, jadi kami merayu cakap tolonglah Ri, bagilah kami (lagu).

“Masa tu dia tengah popular dengan lagu yang dibawa kumpulan Ukays dan Slam. Jadi Spring pun tak nak ketinggalan,” katanya.

Tambahnya, mereka sanggup pergi sendiri ke studio bagi mendapatkan peluang tersebut.

Advertisement

“Kami pergi jumpa Saari Amri dekat Studio Menora, merayu. Orang tengah viral, kami pergi minta lagu.

“Dapatlah lagu Butakah Cinta. Memang merayu, tapi Saari Amri baik,” ujarnya.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Must Watch Video

Advertisement