Skip to main content

Selebriti

Amin Idris Luah Rasa Bimbang Lihat Ramai Wanita Pilih Buka Tudung - “Memang Berbeza Mereka Yang Berhijab Kerana Allah, Kerana Trend…”

Amin Idris Luah Rasa Bimbang Lihat Ramai Wanita Pilih Buka Tudung

Pengacara dan penceramah bebas, Amin Idris menyuarakan rasa gusar apabila ramai wanita memilih untuk menanggalkan tudung seolah-olah menjadi seperti satu trend akahi-akhir ini.

Amin menerusi hantaran di Instagram berkata, tindakan itu mungkin berlaku apabila tujuan bertudung bukan kerana Allah.

Advertisement

“Sedih akhir-akhir ini makin ramai yang berhijab membuka tudungnya. 

“Memang beza mereka yang berhijab kerana Allah, kerana trend dan kerana keturunan. Doakan hidayah buat mereka.

Walau bagaimanapun, Amin tidak menujukan perkongsian berkenaan kepada mana-mana pihak, sebaliknya menyatakan pandangan secara umum.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Amin dan ada juga yang merasakan meluahkan kebimbangan yang sama sepertinya.

 

 Terdahulu, anak kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin iaitu Dahlia menyorot perhatian netizen selepas tidak lagi mengenakan hijab. 

 

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat atas pilihan peribadi dan bukan kerana mahu mencetuskan kontroversi.

Dalam pada itu, Dahlia menjelaskan bahawa keputusan untuk tidak lagi berhijab bukan sekadar soal penampilan, sebaliknya langkah untuk memulakan perjalanan baharu dalam memahami agama dengan lebih mendalam.

Must-Watch Video

Advertisement