Skip to main content

Hiburan

Amir Ahnaf Tak Anggap Watak Pembantu Sebagai ‘Downgrade’, Mahu Teroka ‘Range’ Lakonan

Astro Gempak

Sekilas

  • Amir Ahnaf tidak rasa ‘turun taraf’ walaupun membawa watak pembantu dalam filem aksi Tarung: Unforgiven kerana setiap peranan adalah peluang pembelajaran.
  • Dia lebih suka meneroka pelbagai jenis watak untuk kembangkan kemampuan lakonan dan percaya kualiti kerja serta disiplin lebih penting daripada jenis watak.
  • Filem Tarung: Unforgiven yang menampilkan pelakon hebat akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 7 Mei depan.

Pelakon, Amir Ahnaf tidak menganggap dirinya ‘turun taraf’ apabila membawa watak pembantu dalam filem aksi Tarung: Unforgiven.

Menurut Amir, yang memegang watak Ucop iaitu rakan baik kepada watak utama lakonan Mierul Aiman, setiap peluang lakonan merupakan proses pembelajaran penting dalam membina kerjaya.

“Saya berusia 26 tahun dan baru empat tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Saya juga mahu berada lebih lama lagi dalam industri seni tanah air.

“Sebagai pelakon baharu, saya kena bertatih dari naik tangga, berlari dan itu semua langkah demi langkah yang perlu dilakukan,” katanya.

Tambahnya, dia lebih selesa meneroka pelbagai jenis watak berbanding terlalu mengejar peranan utama semata-mata.

“Saya lebih meletakkan diri saya ke arah meneroka macam budak yang masuk dalam taman permainan dan mahu cuba semua perkara.

“Contohnya, saya lakonkan watak pembantu dalam filem aksi ini sebagai kawan baik kepada watak utama lakonan Mierul Aiman,” ujarnya.

Amir turut percaya pengalaman memainkan pelbagai karakter penting dalam mengembangkan kemampuan lakonan untuk jangka panjang.

“Saya percaya dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi, kalau saya ambil semua watak utama, macam mana saya nak kembangkan lagi ‘range acting’ saya?

“Saya tak rasa macam ‘downgrade’ bila bawa watak pembantu sebab setiap watak beri impak yang berbeza,” katanya.

Menurutnya, kualiti kerja, disiplin serta sikap profesional lebih menentukan kedudukan seseorang dalam industri berbanding jenis watak yang dibawa.

“Saya percaya kualiti itu sendiri yang akan menentukan hasil kerja dan nama saya dalam industri termasuk ‘attitude’ dan disiplin,” katanya.

Dalam masa sama, Amir mengakui perjalanan sebagai anak seni masih panjang dan dia terbuka untuk mencuba pelbagai cabang termasuk menjadi pengarah pada masa depan.

“Tapi pengalaman dan skil tidak mencukupi. Insya-Allah, kalau panggilan itu sampai nanti, saya akan ada di sana.

“Saya juga tidak dapat beri tempoh berapa lama lagi untuk jadi pengarah kerana saya pun tak tahu akan jadi pelakon sebelum ini,” katanya.

Filem terbitan Alpha47 itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Bront Palarae, Sharifah Sakinah dan Azira Shafinaz.

Tarung: Unforgiven yang mendapat kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei depan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Must Watch Video

Advertisement