Skip to main content

Hiburan

Amir Ahnaf Tak Halang Peminat ‘Ship’ Dengan Siti Khadijah - “Maksudnya Saya Berjaya Melahirkan Perasaan Cinta…”

Amir Ahnaf

Sekilas

  • Amir Ahnaf berasa bangga kerana penonton dapat merasai perasaan cinta wataknya sebagai Imran dalam drama Cinta Dalam Sekam.
  • Keserasian Amir dengan Siti Khadijah sebagai pasangan Imran dan Laila mendapat pujian ramai penonton.
  • Amir menegaskan mereka hanya menjalankan tugas sebagai pelakon dan reaksi penonton adalah emosi peribadi masing-masing.
Advertisement

Keserasian yang dipamerkan pelakon Amir Ahnaf dengan Siti Khadijah menerusi drama Cinta Dalam Sekam nyata berjaya memikat hati penonton sehingga ramai yang memuji gandingan mereka sebagai Imran dan Laila.

 

Advertisement

Mengulas mengenai reaksi tersebut, Amir mengakui dia syukur apabila penonton benar-benar dapat merasai perasaan cinta yang cuba disampaikan menerusi wataknya.

 

“Saya rasa, kami berjaya buat penonton masuk dalam dunia kami sebagai Imran dan Laila. Kalau begitu feedback penonton, maksudnya saya berjaya melahirkan perasaan cinta Imran terhadap Laila. 

Advertisement

 

“Perasaan cinta itu orang boleh rasa dan saya bangga sebenarnya dengan Siti Khadijah... saya jarang buat drama percintaan, jadi saya tak tahu sangat. 

 

“Saya rasa, saya hanya menjadi diri sendiri dan letakkan diri saya dalam watak Imran dan biarkan Laila menerimanya,” kata Amir kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, Amir turut mengulas mengenai segelintir penonton yang mahu melihat dirinya dengan Siti Khadijah bercinta selepas melihat keserasian mereka di kaca televisyen.

 

Jelas Amir, dia dan Siti Khadijah hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon untuk menghidupkan watak masing-masing, manakala segala reaksi penonton adalah hak dan emosi mereka sendiri.

 

“Saya okay saja sebab saya buat kerja saya… berlakon. Pasangan gandingan saya pun berlakon dan kami menjalankan amanah untuk membawa karakter itu. Jadi kami sudah melakukan kerja kami. 

 

“Penonton pula, bila mereka menonton cerita itu dan apa yang mereka rasa itu adalah tanggungjawab mereka sendiri. Itu perasaan dan emosi yang mereka luahkan di media sosial,” ujarnya lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

ELGINI E16286 Seluar Jeans Denim Lelaki Potongan Slim-Fit | Men’s Slim-Fit Denim Jeans

ELGINI E16286 Seluar Jeans Denim Lelaki Potongan Slim-Fit | Men’s Slim-Fit Denim Jeans

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

RAV Design Mandarin Collar Short Sleeve Shirt

RAV Design Mandarin Collar Short Sleeve Shirt

Must Watch Video

Advertisement