Skip to main content

Hiburan

Amir Nafis Terharu Dapat ‘Surat’ Daripada Peminat - “Detik Seperti Ini Buat Saya…”

Amir Nafis

Ringkasan AI

  • Amir Nafis meluahkan rasa syukur selepas menerima sokongan dan penghargaan daripada peminat terhadap hasil kerjanya dalam industri hiburan.
  • Amir berkongsi bahawa doa dan kata-kata semangat peminat menjadi pembakar semangat untuknya terus berusaha dalam kerjaya.
  • Pelakon itu berjanji akan memberikan yang terbaik dalam setiap projek bagi membalas kepercayaan peminat yang menyokongnya.
  • Amir menerima surat daripada seorang peminat yang menonton filem lakonannya, Banduan, yang mula ditayangkan pada 6 November lalu.
  • Filem Banduan adalah adaptasi daripada filem India Kaithi dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz dan Datuk Rosyam Nor.

Pelakon, Amir Nafis meluahkan rasa syukur dan terharu apabila bertemu peminat yang benar-benar menghargai hasil kerjanya sepanjang berada dalam industri hiburan.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Amir berkongsi bahawa setiap penat lelah, pengorbanan dan usaha yang dicurahkan dalam kerjayanya terasa berbaloi apabila menerima sokongan tulus daripada para peminat.

“Detik seperti ini buat saya rasa segala penat lelah, usaha dan air mata benar-benar berbaloi. Bila dapat jumpa peminat yang betul-betul menghargai karya saya, hati saya tersentuh,” tulisnya. 

Menurut Amir, apa yang lebih menyentuh hati ialah apabila peminat bukan sahaja menyokong dari segi tontonan dan kata-kata semangat, tetapi turut menghadiahkan doa untuk kejayaannya.

“Bukan sekadar menyokong, tetapi juga mendoakan kejayaan kerjaya saya. Terima kasih kerana doa-doa itu menjadi pembakar semangat untuk saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengecewakan anda semua. Alhamdulillah,” ujarnya.



Amir juga berjanji akan terus memberikan yang terbaik dalam setiap projek dan penampilan agar dapat membalas kepercayaan serta kasih sayang peminat yang telah lama menyokongnya.

Difahamkan Amir menerima surat itu daripada seorang peminat yang menonton filem lakonannya iaitu Banduan. 

Filem arahan Kroll Azry ini merupakan adaptasi daripada filem pecah panggung India, Kaithi dan mula ditayangkan pada 6 November lalu.

Banduan mengisahkan seorang banduan yang membantu pihak polis menumpaskan sindiket dadah dalam misi berbahaya ketika dalam perjalanan bertemu anak perempuannya.

Selain Amir, filem aksi ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Datuk Afdlin Shauki, Husyairi Hussain, Fadhli Masoot dan Abi Madyan.

Must-Watch Video

Advertisement