Sekilas
- Amira Othman buat kejutan sambut kepulangan suaminya, Fattah Amin, yang baru balik dari Korea.
- Video di TikTok tunjuk reaksi terkejut Fattah bila jumpa Amira yang menunggu dalam kereta.
- Peminat doakan Amira cepat sihat dan harap kebahagiaan pasangan ini terus berkekalan.
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman, membuat kejutan apabila muncul menyambut kepulangan suaminya, aktor Fattah Amin, yang baru sahaja pulang dari Korea.
Menerusi perkongsian TikTok Story milik stylist, @thelikeyuti, kelihatan Amira menunggu di dalam kereta sebelum Fattah dilihat terkejut melihat kehadiran isterinya.
“Yeay kejutan dari isteri syurga amiraaothman untuk suami tercinta fattahaminz.
“Maka dengan ini tamatlah tanggungjawab saya menjaga Fattah di Korea… kini saya serah kembali tugasan ini kepada Mira,” tulis stylist tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa terharu melihat kebahagiaan pasangan itu, selain menyedari Amira kelihatan sedikit pucat tetapi gembira menyambut suaminya.
“Alhamdulillah Mira dah sihat walau sedikit pucat. Terkejut Fattah… b kesayangan tunggu dia. Lindungi pasangan ini Ya Allah.
“Masya-Allah… sebaknya tengok suami isteri lama tak jumpa akhirnya peluk semula. Semoga kasih mereka terus mekar dengan sakinah, mawaddah, warahmah.
“Alaa sweet tapi rasa sebak tengok Mira masih pucat. Moga cepat sihat. Kami sayang dua-dua ni.
“Terharu… insya-Allah suami dah di sisi, semoga cepat pulih lagi Mira,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Fattah dan Amira bergelar suami isteri pada hari ulang tahun ke-35 aktor filem Kulit Wayang itu pada 14 September lalu.
Sumber: Threads