Skip to main content

Selebriti

Amira Othman Disangka Hamil, Fattah Amin Komen - “Bila Ada, Sampai Masanya Kita Kongsi”

Fattah Amin jawab speku Amira disangka hamil

Sekilas

  • Fattah Amin menafikan isteri beliau, Amira Othman, sedang hamil selepas spekulasi timbul berikutan keadaan kesihatannya yang kurang baik.
  • Amira mengalami bronkitis dan kini semakin pulih selepas dimasukkan ke wad buat kali kedua.
  • Fattah menyerahkan soal rezeki dan cahaya mata kepada ketentuan Allah dan akan berkongsi berita baik apabila tiba masanya.

Pelakon, Fattah Amin tampil menepis spekulasi mengenai status isterinya, Amira Othman yang dikatakan hamil kerana keadaan kesihatannya kurang baik baru-baru ini.

Tidak cepat melatah, Fattah berkata perkara sebegitu sudah menjadi lumrah dan tidak dapat dielakkan apabila bergelar figura awam.

“Pada saya itu perkara biasa, apa sahaja cerita cerita begitu (kesihatan) orang akan membuat spekulasi tentang kehamilan. Tapi kita nak buat macam mana, itu sudah menjadi lumrah.

“Tapi apa yang saya boleh cakapkan kita doakan yang baik-baik. Memang hari itu Amira tidak berapa sihat sebab dia ada sakit bronkitis.

“Tapi alhamdulillah sudah selesai dan dia juga semakin beransur pulih. Sekarang pun Amira sudah okay cuma kena banyak berehat sahaja,” ujarnya.

Fattah berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran kempen Ramadan dan Raya Astro bertempat di 20twelve Studio, Petaling Jaya pada Khamis.

Kredit foto: Instagram @fattahaminz

Bagaimanapun, Fattah tidak menyalahkan mereka yang bertanya, sebaliknya menganggap ia sebagai tanda keprihatinan dan menyerahkan soal cahaya mata diserahkan sepenuhnya kepada Allah.

“Tapi saya tak salahkan orang jika orang bertanya, kita cuma jawab doakan yang baik-baik dan bila ada sampai masanya kita akan kongsi, buat apa nak sorok kan berita yang baik.

“Rezeki memang saya serahkan pada yang Esa dan kita tidak merancang. Kalau kita merancang pun nanti Allah juga yang menentukan segalanya.

“Jadi kita serahkan sepenuhnya kepada Allah, ada rezeki insya-Allah. Sampai masanya kita akan beritahu,” jelasnya.

Terdahulu, Amira sebelum ini  ditahan wad akibat mengalami bronkitis buat kali kedua.

Bagaimanapun kata Amira, keadaannya kini sudah beransur pulih.

Must-Watch Video

Advertisement