Skip to main content

Hiburan

Amira Othman Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Fattah Amin Kongsi Nama Anak - “Semoga Jarir Menjadi…”

IMG 5440

Sekilas

  • Pelakon dan penyanyi Amira Othman selamat melahirkan anak lelaki pada petang Selasa.
  • Suaminya, pelakon Fattah Amin, berkongsi berita gembira itu di Instagram dengan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan.
  • Fattah dan Amira berkahwin pada 14 September tahun lalu dalam majlis di Sepang.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi, Amira Othman selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah hospital, pada petang Selasa.


 

Advertisement

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin menerusi satu hantaran di Instagramnya pada Rabu.


 

"Ahlan Wasahlan (Selamat Datang) Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan 'baby' kami pukul 6.20 petang semalam," tulisnya.


 

Dalam perkongsian sama, Fattah turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus menitipkan doa buat mereka sekeluarga.


 

"Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy & Daddy," tulisnya lagi.


 

Untuk rekod, Fattah dan Amira diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement