Skip to main content

Hiburan

Amira Othman Syukur Fattah Amin Ada Di Sisi sepanjang Hamil & Bersalin - “Moga Allah Ganjarkan Syurga…”

ASTROGEMPAK Amira Othman

Sekilas

  • Penyanyi Amira Othman bersyukur dengan sokongan suaminya, pelakon Fattah Amin, sepanjang kehamilan dan kelahiran anak pertama mereka.
  • Amira berkongsi ucapan terima kasih dan doa agar suaminya mendapat ganjaran syurga di Instagram Story.
  • Pasangan ini berkahwin pada September tahun lalu dan telah menamakan anak lelaki mereka Muhammad Jarir Umar.
Advertisement

Penyanyi Amira Othman meluahkan rasa syukur apabila suaminya yang pelakon Fattah Amin sentiasa membantunya sepanjang kehamilan dan kelahiran cahaya mata pertama mereka. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di IGstory, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman  mengucapkan terima kasih kepada suaminya. 

 

“Terima kasih suami saya tolong macam-macam selama mengandung, selama bersalin, selama berperang nyawa keluarkan Jarir,” kongsinya. 

Advertisement

 

Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu Hati Hati ini turut menitipkan doa buat suami tercinta. 

 

“Moga Allah ganjarkan syurga untuk suami saya,” katanya lagi. 

 

Untuk rekod, Amira selamat melahirkan bayi lelaki pada petang Selasa. 

 

Fattah menerusi Instagram turut berkongsi nama penuh anak mereka iaitu Muhammad Jarir Umar. 

 

Fattah dan Amira diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement