Sekilas
- Usahawan Nurul Syaheera jelaskan Amira Othman tidak dapat sertai jelajah ke Korea kerana sedang menerima rawatan di hospital.
- Amira tidak sihat beberapa hari sebelum perjalanan dan tidak dibenarkan terbang atas sebab kesihatan.
- Keputusan diteruskan ke Korea tanpa Amira dibuat kerana masa yang singkat dan persiapan sudah selesai.
- Amira akan menyusul ke Korea selepas kesihatannya pulih.
- Fattah Amin dan Amira baru sahaja berkahwin pada 14 September lalu di Sepang.
Usahawan, Nurul Syaheera berkongsi kisah di sebalik ketidakhadiran duta produknya, Amira Othman, dalam projek jelajah ke Korea bertajuk ‘Jom Jalan Rissa Skin X Fattmira’.
Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Nurul Syaheera atau lebih mesra disapa Maam Nurul, menjelaskan bahawa Amira kini menerima rawatan di hospital dan tidak dapat terbang bersama mereka ke Korea atas sebab kesihatan.
@ailebiumuch_19 Penjelasan dari Maam Rissa Skin untuk urusan trip Jom Jalan ke Korea FattMira 💙🤍 #fattahamin #amiraothman #syafakillah #rissaskin #fyp ♬ original sound - SₑcᵣₑT GᵢᵣL ᥫ᭡
“Petang tadi saya dapat panggilan daripada team Aca yang mengatakan Amira tak sihat beberapa hari dan dalam perjalanan ke hospital,” katanya.
Susulan itu Syaheera memaklumkan keputusan telah diambil untuk meneruskan perjalanan tanpa Amira kerana masa yang singkat dan persiapan yang sudah dibuat.
“Amira tak boleh fly atas sebab-sebab tertentu, sebab kita dah rancang dan bayar semua.
“Pada awalnya saya cuba hold semua tapi tak dapat sebab masa singkat. Jadi selepas perbincangan, kami ambil keputusan untuk terbang dulu.
Tambah Syaheera, Amira akan terbang di kemudian hari selepas kesihatannya pulih.
“Lepas Amira sihat baru dia akan menyusul. Kita ke sana untuk melawat kilang yang hasilkan toner pad Rissa Skin. Doakan Amira sihat,” tambahnya.
Sebelum ini ketika dihubungi Gempak, pengurus Fattah Amin iaitu Acha, memaklumkan Amira dimasukkan ke wad kerana demam namun tidak dikongsikan keadaan sebenar pelantun lagu Hati-Hati.
Sekadar info, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Golden Palm Tree, Sepang pada 14 September lalu.

Cantik Dari Dalam, Cara Fattah & Amira
Pilihan Fattah & Amira untuk kulit sihat—Klik untuk cuba Putey BrightBiotics Supplement!
Beli Sini