Skip to main content

Selebriti

Amylea Azizan Sah Bercerai, Masih Kekal Hubungan Baik - “Ikhlas Dalam Perkahwinan & Reda Dengan Takdir…”

Amylea Azizan Sah Bercerai, Masih Kekal Hubungan Baik

Penyanyi, Amylea Azizan mengesahkan bahawa dia kini bukan lagi isteri kepada Mohammad Aqbar Mohamad.

Amylea memaklumkan berita mengejutkan itu menerusi satu kenyataan di Instagram pada malam Ahad.

Advertisement

Menurut Amylea, tempoh idahnya telah pun tamat, menandakan perpisahan mereka berlaku secara rasmi sebelum ini.

“Berat hati untuk maklumkan yang saya bukan lagi isteri kepada Mohammad Aqbar Mohamad. Saya sudah tamat idah dan saya dalam keadaan sejahtera. 

“Saya doakan kesedihan seperti saya ini tidak akan berulang kepada orang-orang yang saya sayangi.

“Sesungguhnya saya ikhlas dalam perkahwinan kami dan sekarang redha dengan takdir Allah. Doakan saya.

“Berita ini tidak sepenting hal yang berlaku di dunia tapi saya hanya nak mengelakkan fitnah,” tulisnya.

 

 Bagaimanapun, Amylea berkata mereka berpisah secara baik dan enggan mengulas lanjut demi menjaga maruah semua pihak.

 

"Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

"Saya sangat hormati dan sayang ibu mentua serta seluruh keluarga bekas suami. Kami masih berhubung dengan baik," jelasnya. 

Terdahulu, Amylea dan Mohammad Aqbar atau Ash memaklumkan mereka bernikah pada November 2023 namun merahsiakan tarikh sebenar.

Must-Watch Video

Advertisement