Skip to main content

Hiburan

Anak Ahmad Dhani, El Rumi Selamat Bergelar Suami Kepada Syifa Hadju

El Rumi

Sekilas

  • El Rumi, anak pemuzik terkenal Ahmad Dhani, sah bergelar suami kepada Syifa Hadju dalam majlis akad nikah tertutup di Hotel Raffles Jakarta.
  • Majlis akad nikah dihadiri keluarga terdekat termasuk Maia Estianty dan beberapa tokoh penting negara.
  • Pasangan ini telah menjalinkan hubungan sejak Oktober 2024 dan akan mengadakan majlis resepsi di lokasi sama serta di Bali tidak lama lagi.
Advertisement

Anak kepada pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu El Rumi selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Syifa Hadju dalam satu majlis akad nikah, hari ini.

Pada majlis yang berlangsung secara tertutup di Hotel Raffles Jakarta itu, El Rumi melafazkan ijab kabul dalam satu nafas di hadapan petugas Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) Kecamatan Setiabudi.

Advertisement

Upacara akad nikah berkenaan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak, termasuk ibu El Rumi, Maia Estianty, serta suaminya, Irwan Mussry, selain beberapa tokoh penting negara.

Sebelum ini, El Rumi dan Syifa yang mula menjalinkan hubungan cinta pada Oktober 2024 telah melalui beberapa prosesi adat termasuk majlis siraman dan pengajian pada 24 April lalu.

El Rumi dan Syifa Hadju turut dilaporkan mengikat tali pertunangan secara rasmi pada 21 Januari 2026, selepas El Rumi melamar Syifa dalam satu acara peribadi di Lauterbrunnen, Switzerland, pada tahun sebelumnya.

Majlis resepsi pasangan dijadual berlangsung pada sebelah malam di lokasi sama, manakala satu lagi majlis resepsi dikhabar bakal diadakan di Bali dalam masa terdekat.

Sumber: Awani

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement