Sekilas
- Penyanyi Kaka Azraff meluahkan kekecewaan kerana menghadapi kesukaran dalam proses co-parenting bersama bekas suaminya akibat komunikasi yang kurang baik.
- Kaka menyatakan bahawa keadaan itu menyukarkan urusan membesarkan anak-anak dan memberi kesan kepada mereka serta orang sekeliling.
- Kaka dan bekas suaminya, Adam Azriff, telah bercerai talak dua pada 4 Jun 2026 selepas perceraian pertama pada 2024 dan rujuk semula pada 2025.
Penyanyi, Kaka Azraff meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa berdepan kesukaran menjalani proses co-parenting bersama bekas suaminya.
Menerusi satu hantaran di Threads, Kaka menyifatkan komunikasi yang kurang baik antara kedua-dua pihak telah menyukarkan urusan membesarkan anak-anak.
“Co-parenting dengan orang yang tak reti nak berkomunikasi ni, tak senang ya. Anak-anak dan orang sekeliling jadi mangsa.
“Suruh anak kecil tanya, contact kawan-kawan untuk berkomunikasi. I cannot brain," tulisnya.
Luahan tersebut pantas mengundang perhatian warganet dan ramai yang bersimpati dengan apa yang dilalui pelantun lagu Hilang itu.
Terdahulu, Kaka dan bekas suaminya, Adam Azriff, sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 4 Jun 2026.
Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai pada Oktober 2024, namun mengambil keputusan untuk rujuk semula pada tahun 2025 sebelum kembali berpisah buat kali kedua.