Skip to main content

Berita Tempatan

Anak Cedera Terjatuh Di Playground, Ika Nabella Terkilan Ada Masih Sempat Bergurau 'Double Line Tak Boleh Potong' - "Itu Bukan Masa Jadi Pak Lawak"

Astro Gempak ika anak

Sekilas

  • Pelakon Ika Nabella berkongsi pengalaman cemas apabila anak lelakinya terjatuh di taman permainan dan mengalami pendarahan serta hampir tidak sedarkan diri.
  • Anaknya menjalani pemeriksaan CT scan yang mengesahkan tiada kecederaan serius pada otak, hanya mengalami concussion dan amnesia ringan.
  • Keadaan anaknya kini semakin pulih dan insiden itu membuka mata Ika tentang betapa berharganya setiap detik bersama anak-anak.

Pelakon Ika Nabella berkongsi detik mencemaskan apabila anak lelakinya terjatuh ketika bermain di taman permainan sehingga mengalami pendarahan pada bahagian hidung dan mulut.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, Ika berkata kejadian tersebut berlaku hanya beberapa minit selepas anaknya aktif bermain seperti biasa.

Menurutnya, situasi berubah secara mendadak apabila anaknya tiba-tiba lemah dan hampir tidak memberi respons selepas terjatuh.

“Tak ingat macam mana dia jatuh… but qadar Allah, things can change in just a few seconds.

“Daripada anak yang tengah aktif, gelak, berlari sana sini… tiba-tiba terus diam, mata pun susah nak buka,” katanya.

Ika memaklumkan suaminya terus mendukung anak mereka sambil bergegas ke hospital dalam keadaan panik.

“My son was drowsy, barely awake. Memang rushing nak pergi hospital.

“I siap cakap ‘sorry emergency… tumpang lalu’,” tulisnya.

Namun, apa yang membuatkan Ika lebih terkilan apabila masih ada individu sempat bergurau ketika mereka sedang cemas mahu mendapatkan rawatan untuk anak.

“Tengah chaos macam tu ada pula mangkuk ni sempat buat lawak, ‘double line tak boleh potong’.

“Kadang manusia ni lupa… bila melibatkan anak orang tengah sakit atau ditimpa musibah, itu bukan masa nak jadi pak lawak. Jangan jadi b*ngang,” luahnya.

Menurut Ika lagi, anaknya kemudian menjalani pemeriksaan CT scan dan doktor mengesahkan tiada kecederaan serius pada otak.

“Alhamdulillah semalam dah CT scan. Tiada kecederaan fizikal pada otak, cuma concussion menyebabkan mild retrograde amnesia.

“Dia tak ingat sedikit pun tentang insiden itu,” katanya.

Tambahnya, keadaan anak mereka kini semakin baik dan sudah kembali aktif serta bercakap seperti biasa.

“He’s back. Talkative macam biasa. That alone made me cry in gratitude,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Ika mengakui insiden tersebut membuka matanya tentang betapa berharganya setiap detik bersama anak-anak kerana semuanya boleh berubah dalam sekelip mata.

Anda mungkin berminat dengan

Fast Shipping demon slayer cosplay baju kpop demon hunter cosplay kids costume Mira Rumi Zoey Demon Hunters Cosplay Costume for Girl Halloween Stage 3D Printed Pattern Role Play Clothes

Fast Shipping demon slayer cosplay baju kpop demon hunter cosplay kids costume Mira Rumi Zoey Demon Hunters Cosplay Costume for Girl Halloween Stage 3D Printed Pattern Role Play Clothes

Must Watch Video

Advertisement