Skip to main content

Selebriti

Anak Disangka Sebar Virus, Che Nom Dihalau Keluar Dari Cafe - “Anak Saya Yang Ada ASD Tiba-Tiba Buat ‘Motor Tick’ Bunyi Macam…”

Che Nom kena halau

Sekilas

  • Che Nom dan keluarganya dihalau keluar dari sebuah kafe di Lauterbrunnen, Switzerland selepas pemilik premis salah anggap anaknya yang menghidap Autism Spectrum Disorder (ASD) sedang sakit dan menyebarkan virus.
  • Walaupun mereka cuba menjelaskan keadaan anaknya, pemilik kafe tetap meminta mereka keluar, menyebabkan anak Che Nom keliru dan situasi menjadi kurang menyenangkan.
  • Che Nom juga mendedahkan pengalaman serupa yang diterima daripada pengikut lain mengenai sikap kurang mesra pemilik kafe tersebut, lalu mereka memilih untuk meninggalkan kafe itu dengan tenang dan mencari tempat lain yang lebih mesra.

Personaliti media sosial dan pempengaruh dunia masakan, Che Nom berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika bercuti di Lauterbrunnen, Switzerland.

Menerusi perkongsian di Facebook, Che Nom atau nama sebenarnya Normah Bakar, 43, berkata dia dan keluarganya dihalau keluar dari sebuah kafe berhampiran stesen kereta api di kawasan tersebut.

Difahamkan kejadian itu berlaku selepas pemilik premis tersalah anggap keadaan anaknya yang mempunyai Autism Spectrum Disorder (ASD).

“Kami singgah satu kafe kecil depan train station Lauterbrunnen. Ingat nak minum panas sambil rehat.

“Anak Che Nom, yang ada ASD, tiba-tiba buat motor tick-bunyi macam batuk ringan. Itu memang normal untuk dia.

“Tiba-tiba owner kafe tu datang, muka serius, dan terus cakap, ‘You're sick. You're spreading virus. Please leave’

“Che Nom terkedu sekejap. Kami explain, ‘He's not sick, it's a motor tick,’ tapi dia tetap suruh keluar. Anak Che Nom pula blur sebab tak faham tiba-tiba kena halau,” kongsinya.m

Bagaimanapun kata Che Nom, bagi mengelakkan situasi menjadi lebih tegang, mereka sekeluarga mengambil keputusan meninggalkan kafe tersebut secara tenang.

Dalam hantaran yang sama, Che Nom juga mendedahkan dia pernah menerima mesej daripada seorang pengikut yang mendakwa mengalami pengalaman serupa di premis yang sama.

Malah mereka juga mendakwa pemilik kafe itu mempunyai sikap kurang mesra terhadap pelanggan.

“Kami pun tak nak panjangkan, terus keluar dengan tenang. Yang kelakarnya, Che Nom pernah post pasal kafe ni sebelum ni dan ada seorang lelaki DM beritahu pengalaman dia dengan kawan dia pun sama, owner kafe ni perangai memang begitu.

“Jadi bukan kami saja kena attitude macam tu. Swiss memang cantik, tak dinafikan. Tapi kadang-kadang orang dia terlalu direct sampai boleh buat kita rasa pelik.

“Tak apalah, yang penting anak happy, dan kita teruskan perjalanan cari kafe lain yang lebih friendly,” ujarnya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement