Skip to main content

Selebriti

Anak Jadi Finalis Dewi Remaja 2025, Suriati Luah Rasa Gembira - “Sangat Bangga, Dia Boleh Menyambung & Mewarisi…”

Anak Jadi Finalis Dewi Remaja 2025, Suriati Luah Rasa Gembira

Pelakon, Suriati Baharom meluahkan rasa gembira apabila anak perempuannya, Camelia Natasya berjaya dipilih sebagai finalis Dewi Remaja 2025.

Menurut Suriati, Natasya merupakan satu-satunya anak yang menunjukkan minat dalam dunia seni terutamanya lakonan.

Advertisement

“Saya rasa gembira apabila dia berjaya mendapat tempat sehingg menjadi finalis. Sangat bangga, dia boleh menyambung dan mewarisi bakat saya dalam dunia seni.

“Dalam keluarga, dia seorang sahaja yang berminat dalam bidang lakonan, bidang seni. Jadi, bila ada seorang anak seperti ini, saya teringat zaman muda dahulu.

"Alhamdulillah, apa yang kami impikan Allah dengar. Terima kasih kepada Astro yang bagi peluang kepada Camelia untuk mengembangkan bakat yang dia miliki,” ujarnya.

Suriati berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Dewi Remaja 2025 bertempat di TGV 1 Utama, Damansara pada Rabu.  

Selain Camelia, 11 lagi peserta yang turut bertanding dalam Dewi Remaja 2025 adalah Dheper, Nylea, Marisa, Elisa Chew, Teya, Suhaila, Ariana, Ellysa Ramlee, Sharmaine, Nelysa Kay dan Fittri. 

Untuk info, Camelia yang juga anak kepada pengarah Khir Mohd Noor ini pernah membintangi dua filem iaitu Miimaland dan Banglo No 99 selain enam drama serta enam telefilem. 

Saksikan Dewi Remaja 2025 bermula 10 Oktober ini jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) serta boleh strim secara On Demand di Astro GO dan Sooka.

Must-Watch Video

Advertisement