Sekilas
- Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata anak kecil sentiasa jujur terutama apabila membesar dalam suasana yang memaksa mereka menjadi matang.
- Menurutnya, anak kecil dapat merasai kesedihan dan kegembiraan hanya melalui air mata dan senyuman tanpa perlu kata-kata.
- Fadzilah memuji kematangan ucapan anak sulung Bella Astillah, Ayden, yang berusia sembilan tahun.
Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berpendapat anak kecil sentiasa bercikap jujur terutama apabila membesar dalam suasana yang memaksa diri untuk jadi lebih matang.
Menurut Fadzilah menerusi hantaran di Threads, anak kecil dapat merasai kesedihan dan kegembiran dengan hanya air mata dan senyuman.
“Anak kecil selalu jujur. Apatah lagi jika dia membesar dalam suasana yang memaksa dia jadi lebih matang dan telah melalui pelbagai pancaroba.
“Kadang ibunya tak berkata apa-apa, cukuplah air mata dan senyuman sebagai jawapan buatnya,” kata Fadzilah.
Dalam pada itu, Fadzilah turut memuji sikap anak sulung pelakon Bella Astillah iaitu Ayden yang dilihat matang dalam memberi ucapan.
“Tahniah buat Ayden. Ucapan yang sangat indah dan matang dari anak umur sembilan tahun,” ujarnya.
Sumber - Threads