Skip to main content

Hollywood

Anak Kekasih Dirakam Berjalan Tenang Lepas Tik*m Bintang Jumanji, James Handy Sampai M*ti

Astro Gempak jumanji

Sekilas

  • James Handy, pelakon veteran terkenal dengan filem Top Gun: Maverick dan Jumanji, maut ditikam oleh Michael Gledhill di kediaman ibunya di Tarzana, California pada 3 Jun.
  • Michael Gledhill, anak lelaki kekasih Handy, ditangkap selepas rakaman CCTV menunjukkan dia meninggalkan tempat kejadian dengan tenang dan kini berdepan hukuman penjara 26 tahun serta denda $2.2 juta.
  • Pihak polis Los Angeles mengesahkan kematian Handy yang dikejarkan ke hospital selepas kejadian dan menegaskan pelaku mesti bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.

Lebih 48 jam selepas bintang veteran, James Handy maut kerana ditikam, anak lelaki kekasihnya, Michael Gledhill ditangkap atas pertuduhan membunuh.

Handy yang cukup terkenal dengan lakonannya dalam filem Top Gun: Maverick dan Jumanji.meninggal dunia pada usia 81 tahun selepas ditikam Michael Gladhill, 44, dengan menggunakan pisau di kediaman ibunya di Tarzana, California pada 3 Jun lalu, lapor Yahoo.

Media sama juga melaporkan Gladhill ditahan selepas rakaman CCTV dirinya berjalan tenang meninggalkan rumah selepas menikam Handy diperoleh pihak berkuasa tempatan.

“Ini bukan pengakhiran yang baik untuk seseorang mengakhiri hidup mereka. Ditikam di dada dan ditinggalkan mati di hadapan rumah.

“James Handy meninggal seharusnya memperoleh kehidupan yang baik selepas bekerja keras. Dia sepatutnya menikmati hidup dengan baik. Nyawa mangsa adalah penting dan pelaku mesti bertanggungjawab,” ujar kenyataan yang dikeluarkan pihak polis Los Angeles.

Gladhill yang ditahan kini berdepan hukuman penjara 26 tahun dan perlu membawa denda sekitar $2.2 juta.

Pada 3 Jun lalu, pihak berkuasa menerima panggilan daripada 911 selepas melaporkan seorang lelaki mengaku ‘saya seorang anak yang telah membunuh lelaki yang banyak dosa’.

Sebaik pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian, mereka melihat pelakon  yang juga pernah menghiasi drama seperti ER, The Practise dan Beverly Hills, 90210 telah terbaring di hadapan rumah. Handy kemudian dikejarkan ke hospital sebelum diumumkan meninggal dunia.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement