Dilahirkan oleh pasangan selebriti terkenal Bollywood dengan bapanya Akshay Kumar dan ibu, Twinkle Khanna tidak membuat anak lelaki, Aarav tertarik mengikut jejak langkah mereka.
Akshay dalam satu temu bual bersama ABP News memberitahu Aarav tidak mahu menjadi pelakon atau berada dalam dunia glamor.
Advertisement
“Aarav sudah berusia 23 tahun. Dia sedang melanjutkan pelajaran di universiti dan sangat komited dengan pendidikan yang sedang ditempuh.
“Dia dengan jelas memberitahu saya langsung tidak berminat untuk masuk ke industri hiburan,” ujar Akshay.
Aktor itu juga memberitahu pernah mencadangkan anaknya mengambil alih syarikat miliknya namun Aarav menolak.
“Dia tidak berminat menyambung perjuangan seni saya.
“Dia mahu berjaya dalam bidang fesyen. Fesyen adalah kebahagiaannya,” katanya lagi.
Dan Akshay mengatakan dia menghormati keputusan anaknya meski sangat ingin melihat Aarav berada dalam bidang seni.
Sebelum ini, dua anak pesohor Bollywood iaitu Aryan Khan (anak Shah Rukh Khan) dan Junaid khan (anak Aamir Khan) telah terjun ke dunia seni sebagai penerbit serta pelakon.