Skip to main content

Hiburan

Anak Lelaki Minta Nak Berlakon Lagi, Diana Danielle Rasa Berbelah Bahagi Untuk Beri Keizinan - “Dia Dah Mula Tunjuk Minat…”

ASTROGEMPAK Diana Danielle

Sekilas

  • Diana Danielle dedahkan anak lelakinya, Muhammad, sudah beberapa kali tunjuk minat nak berlakon sejak umur enam tahun.
  • Diana masih berbelah bahagi nak bagi izin sebab risau tekanan industri hiburan dan nak lindungi masa depan anaknya.
  • Pelakon itu utamakan pendidikan anak kerana takut komitmen penggambaran panjang boleh ganggu sekolah.
Advertisement

Pelakon Diana Danielle mendedahkan anak lelakinya iaitu Muhammad sudah beberapa kali menyuarakan hasrat untuk kembali berlakon sejak kecil lagi.

 

Advertisement

Menurut Diana, minat itu mula kelihatan ketika anaknya berusia enam tahun dan sehingga kini masih menunjukkan kecenderungan terhadap dunia seni.

 

“Anak lelaki saya banyak kali minta berlakon lagi. Kali terakhir itu umur enam tahun. Dia dah mula tunjuk minat nak berlakon,” kongsinya. 

 

Bagaimanapun, sebagai ibu, Diana mengakui dia masih berbelah bahagi untuk memberi keizinan kerana mahu melindungi anaknya daripada tekanan industri hiburan.

 

“Tapi aku tak nak bagi. Saya nak simpan dia selamanya. Tapi takut dia rasa terkongkong. Budak lelaki berusia 13 tahun yang ingin mula membina masalah masa depannya,” ujarnya. 

 

Menjawab salah satu komen netizen, Diana berkata faktor pendidikan menjadi keutamaan kerana bimbang komitmen penggambaran yang panjang boleh menjejaskan pelajaran.

 

“Masa yang panjang. Masalahnya nanti sekolah akan terjejas,” katanya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

Must Watch Video

Advertisement