Skip to main content

Hiburan

Anak Panggil ‘Spider-Man’, Jadi Pembakar Semangat Issey Panjat Kuantan 188 - “Rupanya Aku Boleh Buat…”

Anak Panggil ‘Spider-Man’, Jadi Pembakar Semangat Issey Panjat Kuantan 188 - “Rupanya Aku Boleh Buat…”

Sekilas

  • Issey Fazlisham dari THR GEGAR mengakui hampir berputus asa kerana takut ketinggian ketika memanjat Menara Kuantan 188.
  • Semangat anaknya yang menganggap dia seperti Spider-Man dan sorakan orang ramai membantu Issey meneruskan pendakian hingga ke puncak.
  • Issey dan rakan penyampai Fizie berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records untuk Persembahan DJ Radio Dikir Barat Secara Langsung Bertali Di Altitud Tertinggi.
Advertisement

Penyampai radio THR GEGAR, Issey Fazlisham mengakui hampir berputus asa ketika melakukan cabaran memanjat Menara Kuantan 188 kerana sememangnya takut terhadap ketinggian.

Menurut Issey, rasa gayat yang dialaminya cukup kuat sehingga beberapa kali terlintas untuk menghentikan pendakian sebelum sampai ke puncak antena.

Advertisement

“Saya memang gayat. Kawan-kawan semua tahu saya sangat takut dengan ketinggian.

“Saya rasa saya tak mampu nak habiskan sampai atas. Saya sampai separuh, tetapi saya teruskan lagi dan lagi,” katanya.

Issey berkata, emosinya mula tidak dapat dibendung apabila akhirnya berjaya sampai ke puncak selepas melawan ketakutan sendiri sepanjang pendakian.

Advertisement

“Sampai atas saya betul-betul menangis. Rupanya aku boleh buat.

“Air mata terus keluar sebab saya rasa sebenarnya saya boleh melawan rasa takut ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, kata-kata anaknya yang baru berusia lima tahun pada malam sebelum melakukan cabaran itu turut menjadi antara pembakar semangatnya.

Menurut Issey, anaknya begitu teruja apabila mengetahui bapanya bakal memanjat menara berkenaan sehingga menganggapnya seperti watak adiwira.

“Anak saya cakap, ‘Daddy boleh jadi Spider-Man kalau daddy sampai atas tu’.

“Malam itu dia sedih sebab kena sekolah dan tak dapat tengok video atau gambar. Saya cakap tak apa, nanti daddy hantar,” katanya.

Issey turut mendedahkan dia hampir berhenti di sebuah bahagian yang digelar ‘Platform Penyesalan’ sebelum sorakan pasukan dan juga orang awam di bawah membuatkannya meneruskan pendakian.

“Saya sampai situ pun rasa nak habis sampai situ saja. Tetapi orang dekat bawah jerit, ‘Issey naik, Issey! Atas tu Issey!’.

“Masa itu air mata saya dah jatuh. Saya fikir, aku boleh ke tak buat ini? Saya naik sikit lagi sambil berselawat dan berzikir sampai akhirnya berjaya,” katanya.

Mengulas cabaran berkenaan, Issey mengakui perancangan untuk memanjat Kuantan 188 agak mengejutkan buat dirinya dan rakan penyampai, Fizie.

Bagaimanapun, dia percaya cabaran tersebut telah dirancang dengan teliti oleh pihak pengurusan selain menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan.

“Bila naik atas, saya langsung tak terfikir kita akan dapat Malaysia Book of Records.

“Yang saya fikir ketika itu, ini pencapaian diri apabila berjaya menyahut cabaran diberikan bos dan pasukan.

“Bila dapat tahu kami berjaya dapat Malaysia Book of Records, sampai sekarang saya masih ‘blur’. Macam betul ke dapat? Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, Issey dan Fizie mencipta rekod Malaysia Book of Records menerusi Persembahan DJ Radio Dikir Barat Secara Langsung Bertali Di Altitud Tertinggi di Kuantan 188.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

6 POCKET ARMY ( CARGO) 🔥🔥Hot Sell🔥🔥(Army 3pockt bawa kaki ada jerut rm15).(Army 6pockt bawa kaki xada jerut rm17)

6 POCKET ARMY ( CARGO) 🔥🔥Hot Sell🔥🔥(Army 3pockt bawa kaki ada jerut rm15).(Army 6pockt bawa kaki xada jerut rm17)

【NANJIREN】Men's Boxer Ice Silk Briefs Lyraki Graphene Antibacterial Lyraki Seluar Dalam Lyraki Men's Underwear Briefs Breathable Boxer Briefs Men

【NANJIREN】Men's Boxer Ice Silk Briefs Lyraki Graphene Antibacterial Lyraki Seluar Dalam Lyraki Men's Underwear Briefs Breathable Boxer Briefs Men

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Unisex Predator Accuracy.1 Low FG Outdoor Boot Football Shoe (GW4574) Sport Planet 01-06

adidas Unisex Predator Accuracy.1 Low FG Outdoor Boot Football Shoe (GW4574) Sport Planet 01-06

Must Watch Video

Advertisement