Sekilas
- Sasha Abdul Aziz berkongsi bahawa anak sulungnya, Isabella, berusia enam tahun, pernah dipukul oleh pembantu rumah kerana enggan makan.
- Pembantu rumah tersebut juga dikatakan meminta kenaikan gaji dengan alasan menjaga Isabella walaupun anak itu sudah mula berdikari.
- Perkongsian Sasha mendapat reaksi marah daripada warganet yang menggesa agar pembantu rumah itu dihantar pulang ke negara asal.
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Sasha Abdul Aziz meluahkan rasa terkejut apabila mendakwa anak sulung, iaitu Isabella menjadi mangsa pukul pembantu rumahnya.
Menerusi ciapan di Threads, Sasha berkongsi perbualan bersama anaknya yang berusia enam tahun itu ketika makan tengahari bersama.
Ketika berbual, Sasha bertanyakan adakah Isabella menyukai pembantu rumah tersebut namun, jawapan yang diberikan ternyata mengejutkannya.
“Semalam waktu makan tengahari saya tanya Isabella adakah dia menyukai pembantu rumah?
“Isabella jawab, ‘Tak mommy, dia pernah lempang muka saya sekali. Waktu makan malam sebab saya tak nak makan, jadi dia lempang muka saya.
“Ya Allah (sambil menggunakan emoji nangis,” kongsi Sasha.
Menerusi ciapan yang sama, Sasha juga mendakwa pembantu rumahnya itu pernah meminta kenaikan gaji kerana menjaga Isabella meskipun anak sulungnya itu sudah mampu berdikari sedikit demi sedikit.
“Anak pertama umurnya 6 tahun. Dah taHu semua benda, fasih bercakap serta dah tahu betul dan salah.
“Saya ade pembantu rumah yang dah kerja empat tahun. Baru ini minta lagi naik gaji dengan alasan dia akan jaga anak sulung,” kongsinya.

Perkongsian itu kemudiannya mengundang reaksi marah dalam kalangan warganet. Malah, ada yang menggesa Sasha untuk menghantar semula pembantu rumahnya itu ke negara asal.
“Hantar dia balik (ke negara asal). Perangai lain boleh lagi tahan tapi tidak kalau dah sampai sentuh anak.
“Beraninya dia, sungguh biadab.
“Kena periksa juga takut yang kecil pun dah kena dengan dia,” komen netizen.


Sumber: Threads