Skip to main content

Hiburan

"Anak Saya Tidak Pernah Menjadi Beban..." - Najwa Latif

"Anak Saya Tidak Pernah Menjadi Beban..." - Najwa Latif

Sekilas

  • Najwa Latif berterima kasih kepada netizen yang menyokong dan mempertahankannya selepas dikritik mengenai fizikalnya di media sosial.
  • Dia menjelaskan anaknya bukan beban, sebaliknya merupakan anugerah indah dalam hidupnya.
  • Najwa mengakui terharu dengan kasih sayang yang diterima dan berharap kebaikan itu akan kembali kepada penyokongnya.
Advertisement

Penyanyi, Najwa Latif meluahkan rasa terharu kepada netizen yang memberikan sokongan serta mempertahankannya selepas fizikalnya dikutuk oleh segelintir individu di media sosial.

Bagaimanapun, Najwa mengakui dia tidak pernah mengharapkan sesiapa untuk tampil mempertahankan dirinya kerana sudah terbiasa berdepan situasi sebegitu sejak usianya 16 tahun.

Advertisement

“Sebagai seseorang yang sudah berdepan dengan kebencian sejak berusia 16 tahun, saya tidak pernah menjangkakan sesiapa akan tampil mempertahankan saya.

“Saya sentiasa percaya bahawa setiap orang berhak mempunyai pendapat mereka sendiri. Saya mungkin tidak menerimanya, tetapi saya tetap menghormatinya walaupun saya sendiri tidak diberikan penghormatan yang sama," tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Najwa turut menegaskan bahawa anaknya tidak pernah menjadi satu beban seperti yang difahami bagi sesetengah pihak.

Sebaliknya, dia menyifatkan cahaya mata yang dimiliki sebagai satu anugerah indah dalam kehidupannya.

“Saya membaca semuanya. Ketahuilah bahawa anak saya tidak pernah menjadi beban. Dia adalah satu anugerah yang indah.

“Saya jarang bercakap tentang apa yang saya rasa di media sosial, tetapi saya benar-benar tersentuh dengan kasih sayang dan kebaikan yang diberikan kepada saya. Terima kasih kerana memahami, kerana sentiasa menyokong saya walaupun ketika saya tidak melihatnya, dan kerana memilih untuk berbuat baik kepada saya," ujarnya.

Tambah pelantun lagu Kosong itu, dia sendiri tidak mengetahui apakah yang dilakukannya sehingga layak menerima sokongan dan kasih sayang sedemikian.

“Saya tidak tahu apa yang telah saya lakukan sehingga layak menerima semua ini, tetapi saya berharap kebaikan kalian akan kembali kepada kalian.

“Insya-Allah, amin. Terima kasih kerana membantu menyembuhkan sebahagian daripada diri saya yang berusia 16 tahun,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement