Skip to main content

Hollywood

Anak Sepupu, Jaafar Jackson Mainkan Watak Michael Dalam Biopik

jackson

Ringkasan AI

No AI summary found.

Pengarah Antoine dan penerbit Graham King dengan bangga memperkenalkan Jaafar Jackson sebagai pemegang watak ikon pop dunia, Michael menerusi biopik dengan judul sama.

Antoine malah menyifatkan Jaafar yang merupakan anak sepupu Michael memiliki banyak ciri serta persamaan dengan pesohor yang meninggal dunia pada usia 50, di tahun 2009 silam.

“Sangat mengujakan untuk melihat Jaafar ‘menghidupkan semula’ Michael,” ujar Fuqua dalam temu bual pada tahun 2023 seperti dilaporkan People.

Fuqua juga dipetik berkata: “Jaafar seperti memiliki ikatan yang kuat dengan Michael.

“Dia memiliki banyak sifat Michael dan mempunyai chemistry yang baik dengan kamera.”

Menurut studio, biopik tersebut akan menelusuri kehidupan Michael termasuk persembahan ikonik yang telah menjadikan dirinya terkenal di seluruh dunia. Ia juga akan memasukkan fasa kontroversi mengenai Michael semasa hayatnya.

Michael dijangka tayang pada 24 April 2026. Peminat telah diberikan ‘tayangan awal’ Jaafar sebagai Michael pada bulan ini dengan menyaksikan dirinya melakukan kareografi seperti bintang tersebut.

Sebagai informasi, Jaafar merupakan anak kepada salah seorang abang Michael iaitu Jermaine Jackson dengan pasangannya, Alejandra Genevieve Oaziaza. Dia lahir pada Julai 1996 dan kini berusia 29 tahun.

Jaafar juga telah lama mengikut jejak langkah anggota keluarganya terdahulu dengan menjadi penyanyi, penari dan pelakon.

Must-Watch Video

Advertisement