Skip to main content

Selebriti

Anak Terjatuh Buaian Elektrik, Atikah Suhaime Rasa Seperti Gagal Jadi Ibu - “Mami Minta Maaf…”

Anak Terjatuh Buaian Elektrik, Atikah Suhaime Rasa Seperti Gagal Jadi Ibu

Pelakon, Datin Atikah Suhaime berdepan detik cemas apabila anaknya, Lyla Mulan Teh terjatuh daripada buaian elektrik yang roboh secara tiba-tiba.

Kejadian itu meninggalkan kesan yang amat mendalam pada dirinya sehingga Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Suhaime, 34, merasakan dirinya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Advertisement

Atikah bekongsi perkara itu menerusi beberapa hantaran di Insta Stories miliknya.

“Sebenarnya salah saya. Suami saya tengok rupanya salah pasang jadi buaian itu jatuh. Saya dah pakai selama tiga bulan. Ini semua salah saya. Saya gagal sebagai seorang ibu.

“Semalam merupakan satu kejadian trauma buat saya, tetapi apabila melihat Mulan akhirnya nak juga makan bubur nasi, saya rasa gembira. Semoga baby di luar sana semua sihat selalu,” maklumnya.

 

 Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Atikah memaklumkan kejadian itu berlaku tanpa diduga ketika dia meninggalkan anaknya buat sementara waktu bersama dengan pembantu. 

 

“Saya ada pembantu cuma sekejap sahaja solat Asar tinggalkan Mulan. Benda jadi macam itu. Saya berfikir bagaimanalah ibu-ibu lain yang tiada pembantu. Bagaimana menguruskan anak ketika bekerja?

“Mami minta maaf. Tidak kira apa pun, tak mengapa. Pegang anak, berhenti buat apa sahaja, jaga anak anda, anak hanya akan membesar sekali sahaja,” coretnya.

Disebabkan kejadian itu, Mulan mengalami sedikit luka pada bahagian hidung.

Untuk info, Atikah telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Lyla Mulan pada 8 Mac lalu.

 

Must-Watch Video

Advertisement