Skip to main content

Selebriti

Anak Tunjuk Kasut Sekolah Prada, Reaksi Lucu Aliff Syukri Buat Netizen Terhibur - “RM1,500 Harga, Mahai Bebeno”

Aliff Syukri kasut sekolah mahal

Sekilas

  • Gelagat Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida, di sebuah butik mewah ketika anak mereka, Yusoff, menunjukkan kasut sekolah berjenama Prada menarik perhatian netizen.
  • Shahida menyuruh Yusuf meletakkan kasut itu kembali di tempat asal sambil tersenyum, manakala Aliff cepat-cepat meletakkan tanda harga RM1,500 selepas melihat harganya.
  • Netizen memuji Aliff kerana tidak membazir dan Yusuf kerana memahami keputusan ibu bapanya tanpa merajuk.

Gelagat pasangan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida ketika berada di sebuah butik jenama mewah di luar negara mendapat perhatian netizen.

Menerusi video yang dikongsi di akaun TikTok milik Shahidah merakamkan momen di mana anak lelaki mereka iaitu Yusoff memberikan sebuah kasut sekolah berjenama Prada untuk dilihat oleh ibunya.

Bagaimanapun Shahida kemudiannya menyuruh Yusuf meletakkan kembali di tempat yang sepatutnya sambil tersenyum.

“Kau agak-agak tak akan kasut sekolah Prada, letak balik,” ujar Shahida kepada anaknya.

Selain Shahida, reaksi Aliff juga turut membuatkan netizen terhibur apabila usahawan popular itu dengan pantas meletakkan kembali tanda harga kasut sekolah itu selepas melihat harganya iaitu RM1,500.

“RM1,500 harga, mahai bebeno, dah jom,” ujarnya sambil berlalu pergi.

Netizen bagaimanapun memuji Aliff kerana tidak membazirkan wang dengan membeli barangan mewah sesuka hati.

Selain itu, netizen juga turut memuji Yusuf kerana mendengar kata ibunya dan tidak merajuk kerana tidak membelikan barang yang ditunjuk sebaliknya memahami ibu bapanya.

Must-Watch Video

Advertisement