Sekilas
- Anas Zahrin berkongsi bahawa persahabatannya dengan Datuk Seri Aliff Syukri kekal erat walaupun jarang bertemu kerana kesibukan masing-masing dalam perniagaan.
- Kedua-duanya mempunyai jenama kosmetik sendiri tetapi saling menyokong tanpa rasa dengki atau sakit hati.
- Anas mengimbau kenangan mereka bersama ketika menunaikan haji dan berharap dapat terus memberi manfaat serta menjadi penyumbang zakat terbesar di Malaysia.
Usahawan dan pempengaruh, Anas Zahrin berkongsi sisi peribadi sahabat baiknya, Datuk Seri Aliff Syukri, yang disifatkan tidak pernah berubah meskipun telah bertahun-tahun mencipta nama dalam dunia perniagaan.
Menurut Anas, hubungan persahabatan mereka masih kekal erat walaupun jarang bertemu kerana masing-masing terlalu sibuk menguruskan perniagaan.
“Kami memang jarang bertemu. Bukan sebab gaduh, bukan sebab dah bertegur siapa tapi memang dua dua sangat sibuk berhempas pulas meniaga, cari rezeki. Live pagi petang siang malam.
“Betul betul kadang berborak dekat phone berjam jam. Dia jual kosmetik. Saya pun ada brand saya tapi kami betul betul sibuk dan walau sama sama ada jual kosmetik tapi kami support each other,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.
Dalam hantaran yang sama, Anas berkata meskipun masing-masing mempunyai jenama kosmetik sendiri namun itu bukan penghalang mereka untuk menjadi sahabat baik.
“Tak ada nak sakit hati atau dengki sesama sendiri. Kami percaya rezeki Allah tu sangat luas.Kawan senang nak cari tapi sahabat sejati susah nak jumpa.
“Yang ada ni saya simpan serta jaga baik baik. Ingat lagi pergi haji tahun yang sama dan kebetulan hotel sama.
“Masa tu jadi lebih rapat dan rapat lagi sehingga sekarang. Kenal DS @aliffsyukriterlajaklaris bertahun tahun. Sama je perangainya dari dulu. Tak berubah mana pun.
“Doakan kami dapat jadi penyumbang zakat terbesar di Malaysia. Doakan kami berdua dapat beri manfaat kepada orang lain lagi dan lagi. Doakan kami mewah rezeki dunia akhirat,” coretnya.