Sekilas
- Bella Astillah berdoa agar anak-anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna, dikurniakan kehidupan yang lebih baik dan masa depan penuh keberkatan.
- Dia memohon agar rezeki yang indah didahulukan untuk anak-anak serta dipermudahkan setiap langkah mereka dalam menghadapi cabaran.
- Bella juga berharap anak-anaknya sentiasa dilindungi, memiliki hati yang tenang, menjadi insan baik, dan bijak dalam pelajaran.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menitipkan doa buat dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna agar dikurniakan kehidupan lebih baik serta masa depan penuh keberkatan.
Menerusi perkongsian di Threads, Bella memohon agar rezeki yang indah didahulukan buat anak-anaknya.
“Ya Allah, andai ada rezeki yang indah, dahulukanlah untuk anakku.
“Andai ada jalan yang sukar, permudahkanlah setiap langkahnya,” tulisnya.
Dalam doa sama, Bella turut memohon agar anak-anaknya memiliki hati yang tenang, menjadi insan baik dan bijak dalam pelajaran.
“Kurniakanlah dia kehidupan yang lebih baik, hati yang sentiasa tenang, menjadi anak yang baik, bijak dalam pelajarannya dan masa depan yang penuh keberkatan,” kongsinya.
Mengakhiri perkongsian tersebut, Bella mendoakan agar anak-anaknya sentiasa berada dalam perlindungan serta kasih sayang Allah di mana sahaja mereka berada.
“Walau di mana pun dia berada, jagalah dia dalam rahmat dan kasih sayang-Mu, ya Allah.
“Insya-Allah, amin ya Rabbal alamin,” tulisnya.
Sumber: Threads