Skip to main content

Selebriti

Andika Putera Syukur Dapat Mudahkan Urusan Bekas Isteri, Ramai Ambil Berat Tentang Anak - “Selepas 50 Lebih Interview…”

Andika

Sekilas

  • Andika Putera menerima sokongan luar biasa selepas mencari pembantu rumah untuk membantu urusan persekolahan anaknya, Alisha.
  • Selepas lebih 50 temu duga, Andika berjaya mengambil seorang pembantu rumah dan berterima kasih kepada semua yang berminat dan menghantar permohonan.
  • Andika memaklumkan kekosongan tersebut sudah diisi dan menyimpan resume yang diterima untuk kegunaan masa depan.

Pempengaruh media sosial, Andika Putera melahirkan rasa syukur dan terharu apabila menerima sokongan luar biasa daripada orang ramai selepas membuat hantaran mengenai pencarian pembantu rumah bagi membantu urusan persekolahan anaknya, Alisha.

Menurut Andika, dia menerima begitu banyak mesej langsung (DM) daripada individu yang berminat untuk membantu, termasuk permohonan kerja yang dihantar secara beramai-ramai.

Malah Andika juga turut meluahkan rasa lega kerana dapat membantu memudahkan urusan ibu kandung Alisha iaitu Ananda Natasha, selain memastikan anaknya dapat ke sekolah dengan lebih teratur.

“Terima kasih kepada semua orang yang dm. Berdesup-desup DM masuk nak mohon. Selepas 50 lebih temu duga, seorang dah terima dan mula berkerja.

“Saya syukur ramai ambil berat terhadap Alisha dan rasa puas boleh mudahkan urusan mak kandung dan Alisha untuk ke sekolah,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Andika juga memaklumkan tujuan dia memuat naik kenyataan tersebut adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa kekosongan berkenaan telah pun diisi dan berterima kasih kepada mereka yang membantu.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan kami. Terlalu banyak orang dm sehingga sekarang. Jadi saya upload ini, untuk orang tahu yang dah dapat.

“Nombor-nombor, resume yang saya dapat, saya simpan incase anything ada perubahan okay. Terima kasih atas prihatin semua.

“Allah Maha sayang, gerakkan hati hati korang semua untuk bantu. Masya-Allah. Saya tak reply dm sebab terlalu banyak, minta maaf ya. Lagi sekali terima kasih,” coretnya.

Berikut merupakan perkongsian Andika:


 

Untuk info, Andika dan bekas isterinya, Ananda Natasha bercerai kali pertama pada tahun 2022 namun kembali rujuk demi kebaikan anak, Alisha Puteri.

Bagaimanapun jodoh pasangan ini tidak panjang apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai semula pada Disember 2024.

Andika kemudiannya bertemu jodoh dan berkahwin dengan Dr Amalina paa Januari 2025.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement