Bukan sekali, dua tetapi keinginan pelawak Andre Taulany bercerai daripada isterinya, Rien Wartia Trigina atau Erin ditolak buat kali ketiga.
Percubaan perceraian Andre kepada Erin ditolak kali ketiga yang diminta pada 9 April 2025 oleh Pengadilan Agama (PA) Tigaraksa kerana masalah teknik.
Advertisement
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak mahkamah, permohonan cerai tersebut ditolak kerana tidak mempunyai kuasa untuk memberi keputusan terhadap kes itu kerana ia di luar kawasan penempatan Erin.
"PA Tigaraksa tidak mempunyai kuasa kerana pihak yang dimohon(Erin) berada di wilayah hukum Pengadilan Agama Jakarta Selatan. Bukan di bawah wilayah kami,” ujar kenyataan tersebut seperti dilaporkan Kompas.
Maka mahkamah memutuskan Andre dan Erin masih suami isteri daripada segi hukum.
Jika Andre mahu meneruskan hasrat bercerai, dia perlu memulakan semula permohonan cerai dari awal.
Ironi Andre sudah memohon cerai sejak tahun 2024. Permohonan dia mahu menceraikan Erin ditolak buat kali pertama kerana mahkamah berpendapat hubungan rumah tangga mereka tidak bermasalah.
Andre dan Erin sudah berkahwin selama 18 tahun dan dikurniai tiga orang anak. Percubaan cerai Andre malah ‘tidak direstui’ anaknya yang menjadi saksi di mahkamah dengan alasan melihat hubungan ibu dan bapanya tidak bermasalah.