Skip to main content

Hiburan

Andy Teh Enggan Ulas Dakwaan Bercinta Dengan Chacha Maembong, Mahu Fokus Kerjaya - “Hal Peribadi Saya Letak Tepi”

Andy Teh Enggan Ulas Dakwaan Bercinta Dengan Chacha Maembong, Mahu Fokus Kerjaya - “Hal Peribadi Saya Letak Tepi”

Sekilas

  • Andy Teh memilih untuk tidak mengulas dakwaan hubungan istimewa dengan Chacha Maembong dan fokus pada kerjaya seni.
  • Andy bersyukur kerana tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Filem Terbaik di FFM35 menerusi filem Abah Saya Uncle Mike.
  • Beliau menganggap pencalonan itu sebagai satu kemenangan dan menyerahkan keputusan kemenangan kepada Tuhan sambil menghargai persaingan yang hebat tahun ini.
Advertisement

Pelakon, Andy Teh memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan yang mengatakan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon, Chacha Maembong.

Malah Andy memaklumkan dia kini hanya mahu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kariernya sebagai pelakon.

Advertisement

“Saya memilih untuk tidak berkongsi mengenai hal peribadi ketika ini dan mahu beri tumpuan terhadap kerjaya seni.

“Kepada peminat, kalau betul-betul minat saya dalam bidang seni, tolonglah terus sokong. Hal-hal peribadi saya letak tepi.

“Namun, saya sedar setiap orang mempunyai ruang untuk bercakap dan menyuarakan pendapat masing-masing. Jadi, tidak boleh menyalahkan sesiapa jika ada yang bercakap mengenai hal tersebut,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Dalam perkembangan lain, Andy meluahkan rasa syukur kerana berjaya tercalon bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) menerusi filem Abah Saya Uncle Mike.

Ujarnya, pencalonan ini sangat bermakna kerana ia merupakan pengiktirafan pertama yang diterimanya dalam kategori berkenaan selepas beberapa tahun berkecimpung dalam industri seni.

“Saya sangat bersyukur dapat tercalon dalam kelompok lima terbaik dan itu sudah cukup bermakna.

“Saya anggap pencalonan ini sebagai satu kemenangan kerana sudah bertahun-tahun menyertai FFM, tetapi ini kali pertama saya tercalon,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Andy memaklumkan dia menyerahkan segalanya kepada Tuhan dan sangat berbangga dengan pencapaian yang diraih setakat ini.

“Soal itu (kemenangan), kita serahkan kepada Tuhan. Kalau menang, itu rezeki tetapi bila dapat tercalon dalam kelompok lima terbaik pun sudah membanggakan.

“Kita perlu sentiasa berfikiran positif kerana persaingan tahun ini memang hebat dan semua mempunyai kelebihan masing-masing.

“Saya sudah memberikan yang terbaik. Sekarang hasil usaha saya mendapat perhatian dan pengiktirafan apabila tercalon dalam Top 5, itu sudah cukup bagi saya,” tambahnya lagi.

Selain Andy, empat lagi pelakon yang bakal bersaing bagi kategori tersebut termasuklah Wan Hanafi Su menerusi filem Badak, Aedy Ashraf (Tarung), Kuben Mahadevan (Macai) dan Sky Iskandar (The Furious).

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement