Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Andy Teh Pernah Kecewa Gara-Gara…

Andy Teh Pernah Kecewa Gara-Gara…

Sekilas

  • Pelakon Andy Teh mengakui tidak fasih berbahasa Kantonis dan menghadapi cabaran besar ketika membintangi filem Golden Blessing kerana kekangan bahasa tersebut.
  • Andy menggunakan skrip dalam bahasa Inggeris dan Kantonis serta mengambil inisiatif belajar sebutan Kantonis dengan bantuan rakannya untuk menguasai watak dalam filem itu.
  • Filem Golden Blessing yang menampilkan pelakon popular Hong Kong akan ditayangkan di pawagam seluruh negara sempena Tahun Baharu Cina 2027.
Advertisement

Pelakon, Andy Teh mengakui dia tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa kantonis dan beberapa kali mengecewakan pengarah dari Hong Kong disebabkan kekangan tersebut.

Kata Andy atau nama lengkapnya Andy Teh Kim Huat, 41, membintangi filem Golden Blessing memberi cabaran besar buat dirinya, khususnya dalam menguasai bahasa Kantonis. 

Advertisement

“Saya tidak fasih berbahasa Kantonis, pernah beberapa kali dikecewakan pengarah Hong Kong kerana perkara tersebut.

“Apabila mendapat peluang berlakon dalam filem ini, saya berusaha untuk melancarkan pertuturan dalam bahasa tersebut, lebih daripada apa yang saya lakukan dalam filem Black Ops,” katanya ketika ditemui pada sidang media filem Golden Blessing di Lexis Hibiscus, Port Dickson, pada Selasa.

Bagi membantu dirinya memahami watak dan jalan cerita, Andy diberikan skrip dalam dua bahasa iaitu Inggeris dan Kantonis.

Memandangkan dia tidak boleh membaca tulisan Kantonis, skrip dalam bahasa Inggeris menjadi panduan utama sepanjang proses persediaan.

“Saya diberikan skrip dalam dua bahasa, Inggeris dan Kantonis. Disebabkan saya tidak boleh membaca dalam bahasa Kantonis, skrip bahasa Inggeris itulah membantu saya memahami watak dan jalan cerita,” jelasnya.

Namun, usaha Andy tidak terhenti setakat memahami skrip, dia turut mengambil inisiatif untuk mempelajari sebutan Kantonis dengan rakannya. 

“Bahasa Kantonis di Malaysia berbeza dengan Hong Kong. Dalam proses menguasainya, saya meminta rakan untuk menterjemah dan kemudian, saya tulis semula dalam perkataan pinyin.

“Kemudian saya minta sahabat saya untuk menuturkannya supaya saya dapat rakam dan dengar semula setiap hari dalam masa sebulan,” katanya lagi. 

Berkat kesungguhan tersebut, Andy akhirnya dapat menghidupkan watak yang diberikan dengan sebaik mungkin dan tidak menyangka akan mendapat pujian daripada pengarah filem Golden Blessing, Mak Ho Pong.

“Saya bekerja keras untuk menguasai bahasa Kantonis yang ditutur masyarakat Hong Kong. Saya rasa sangat lega kerana dapat menghidupkan watak itu dengan sebaiknya. 

“Ini pertama kali seorang pengarah, selepas babak penting dalam filem ini, datang dan memeluk saya sambil mengucapkan tahniah kerana berpandangan lakonan saya bertambah baik dari semasa ke semasa.

“Ini kerana pada hari pertama, saya gagap apabila diminta membaca skrip depan beliau. Saya merasakan seperti melaksanakan kerja yang baik sebagai pelakon Malaysia,” tambahnya. 

‘GOLDEN BLESSINGS’ diterbitkan oleh Enotech Films dan Mandarin Pictures Production, dengan kerjasama Astro Shaw, dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada sambutan Tahun Baharu Cina 2027

Selain Andy, filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon popular Hong Kong seperti Owen Cheung Chun Long, Ruco Chan Chin Pang, Benjamin Yuen Wai Ho, Mandy Wong Chi Man, Kent Cheng Jak Si dan ramai lagi.

Dalam filem berkenaan, Andy memegang watak Koh, seorang pemegang peta yang bergabung dengan beberapa karakter lain dalam usaha mencari harta karun yang dipercayai terdapat di sebuah hotel.

Golden Blessing dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada sambutan Tahun Baharu Cina 2027.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement