Skip to main content

Hollywood

Angelina Jolie Sudah 10 Tahun Tak Ada Kekasih

ASTRO GEMPAK jolie

Sekilas

  • Angelina Jolie mengaku tidak menjalin hubungan cinta sejak bercerai dengan Brad Pitt pada 2016 dan kini fokus pada anak-anaknya.
  • Watak Maxine Walker dalam filem Couture mencerminkan pengalaman peribadi Jolie kehilangan ibunya akibat kanser.
  • Jolie berkata anak-anaknya memberi inspirasi dan mengembalikan kepercayaan dirinya sebagai wanita, walaupun masih berdepan kes pembahagian harta dengan Pitt.
Advertisement

Pesohor Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan tidak pernah menjalin hubungan cinta selama 10 tahun sejak bercerai dengan Brad Pitt pada 2016 silam.

Pengakuan itu dibuat sewaktu Jolie, 51, bercakap tentang watak Maxine Walker, wanita yang didiagnos dengan kanser payudara yang dimainkan dalam filem terbaharunya, Couture, lapor Yahoo Entertainment.

Advertisement

Watak itu memberi cerminan Jolie yang kehilangan ibunya, Marchelie Bertrand pada 2007 kerana kanser rahim dan payudara.

“Saya sudah tidak bercinta sejak bercerai 10 tahun lalu, jadi saya hanya memberikan fokus terhadap anak-anak,” katanya yang mengaku agak kekok kembali terlibat dengan babak romantik.

“Jadi apa yang saya lakukan adalah menterjemahkan cinta dan kasih sayang anak kepada ibu. Cinta wanita kepada wanita, itu yang saya lakukan,” katanya lagi.

Dałam temu bual sama, Jolie juga mengakui telah melalui kehidupan yang memberi kesan tidak baik kepadanya.

“Tapi saya perlu hidup semula. Saya kena hidup dengan bebas sekali lagi,” ujarnya.

Bintang terkenal itu juga memberitahu kehadiran tidak anak perempuannya, Zahara, 21, Shiloh, 20, dan Vivienne, 17, banyak memberi inspirasi buat dia meneruskan hidup dengan lebih baik.

“Mereka berbicara dengan saya seperti kami seusia. Mereka banyak membantu saya dan saya tidak mahu perkongsian serta sikap mereka terhadap saya hilang.” Katanya.

Ujar Jolie lagi, anak-anaknya telah mengembalikan kepercayaan dirinya sebagai seorang wanita, bukan hanya ibu.

Sementara Jolie mengaku tidak pernah lagi menjalin hubungan asmara, Pitt diketahui memiliki kekasih yang sudah bersamanya sejak 2022, Ines de Ramon.

Malah walaupun sudah sedekad berpisah, Jolie dan Pitt masih berdepan kes pembahagian harta iaitu ladang anggur yang masih berjalan di mahkamah.

Anda mungkin berminat dengan

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

YONEX EASY TEE

YONEX EASY TEE

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

Must Watch Video

Advertisement