Skip to main content

Hiburan

Anggap 2025 Sebagai Ujian, Faisal Halim Mahu Jadikan Tahun Baharu Lebih Baik Bersama Isteri - "I Love You Sayang”

Faisal Halim

Sekilas

  • Faisal Halim menganggap tahun 2025 sebagai tahun paling mencabar dalam hidupnya dan berharap tahun 2026 akan lebih baik.
  • Faisal berkongsi hasrat untuk memulakan kehidupan baharu yang lebih bermakna bersama isteri, Nur Syazwani, serta berterima kasih kepada yang mendoakan mereka.
  • Pada November 2023, Faisal dan Nur Syazwani bercerai talak dua tetapi telah rujuk semula pada Disember, selepas berkahwin sejak 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Pemain bola sepak, Faisal Halim menyifatkan tahun 2025 sebagai tahun yang paling mencabar buatnya.

Walau bagaimanapun, pemain sayap Selangor FC itu beranggapan segala ujian yang dihadapi adalah pengajaran untuknya menjadi lebih kuat.

“2025 tahun yang sangat mencabar tetapi ia adalah untuk menjadi lebih kuat pada tahun 2026.

“Insya-Allah, pada tahun 2026 akan jadi lebih baik,” ujarnya.

Faisal berkongsi perkara tersebut menerusi ciapan yang dibuat di aplikasi Threads.

Tambah Faisal, dia juga mahu memulakan kehidupan baharu yang lebih bermakna bersama isteri, Nur Syazwani Mizuana Shahril.

Faisal turut menitipkan ucapan terim kasih buat semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.

“Terima kasih yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya.

“Apa yang terjadi pada Tahun 2025 ini adalah ujian untuk kita dan keluarga.

“Kita mula kan 2026 ini dengan lebih baik untuk kita dan keluarga. I love you, sayang,” ujarnya.

Pada 28 November lalu Faisal dan Nur Syazwani sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.

Perceraian itu berlaku selepas mahkamah mengesahkan terdapat dua kali lafaz cerai yang dilakukan oleh pemain bola itu iaitu pada 11 Jun dan 10 November tahun ini.

Pasangan ini kemudiannya mengambil keputusan untuk rujuk semula pada 9 Disember lalu.

Untuk rekod, Faisal dan Nur Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.

Sumber: Threads Faisal Halim

Must-Watch Video

Advertisement