Skip to main content

Hiburan

Anggap Suami Dah Macam ‘Artis’ Bila Berada Di Kafe, Erra Fazira Syukur Rezeki Lepas Kahwin- “Memang Ramai Akan Ambil Gambar…”

ASTROGEMPAK Erra Fazira

Sekilas

  • Erra Fazira bersyukur rezeki sentiasa mengalir selepas berkahwin dengan usahawan Ezwan Zain, termasuk kejayaan kedai makan Kueh Cafe suaminya yang mendapat sambutan hangat.
  • Erra dan Datuk Rosyam Nor dilantik sebagai duta jenama ACGAS 2026 untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan teknologi silinder gas komposit moden.
  • ACGAS memperkenalkan silinder LPG komposit yang lebih ringan, selamat, dan inovatif sambil memperluaskan penggunaan produk dan aplikasi digital untuk kemudahan pengguna.

Primadona Negara, Erra Fazira meluahkan rasa syukur apabila rezeki tidak pernah putus selepas dia mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Ezwan Zain atau Mr. E. 

 

Erra juga berkata, bukan sahaja rezeki dari segi karier seninya malah kedai makan suaminya iaitu Kueh Cafe menerima sambutan luar biasa daripada pengunjung dan peminat mereka.

 

“Alhamdulillah. Inilah rezeki yang Allah berikan. Rezeki selepas berumah tangga itu dipermudahkan. Suami pun ada rezekinya, ramai pengunjung datang ke Kueh Cafe, dan saya sangat bersyukur. 

 

“Ramai yang datang ke sana dan kadang-kadang ada yang berkata, kalau tak dapat jumpa saya, dapat jumpa suami pun tak mengapa.

 

“Suami saya ini macam artis dah dekat sana. Bila ke kafe itu, memang ramai yang akan ambil gambar dan seolah-olah macam ada ‘meet and greet’ di sana.

 

“Dia seorang usahawan, jadi dia sudah terbiasa menyantuni pelanggan. Bila berkesempatan saya pun akan ke sana dan bersama-sama layan mereka. Itu pun sudah menjadi rutin untuk saya,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam perkembangan lain, Erra Fazira bersama aktor, Datuk Rosyam Nor baru-baru ini telah dilantik sebagai duta jenama ACGAS 2026.

 

Ketua Pegawai Eksekutif ACGAS, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman, berkata pelantikan dua ikon ini selari dengan aspirasi syarikat untuk membawa perubahan dalam persepsi masyarakat terhadap penggunaan gas domestik.

 

“Produk gas bukan sekadar keperluan, tetapi melibatkan aspek keselamatan keluarga.

 

“Dengan kehadiran Rosyam Nor dan Erra Fazira sebagai duta, kami mahu membina hubungan yang lebih kukuh antara jenama dan pengguna, berasaskan kepercayaan, keyakinan serta kesedaran tentang teknologi silinder komposit yang lebih selamat dan moden,” ujarnya. 

 

Tambah Nik, langkah ini juga dilihat penting dalam memperkukuh kedudukan ACGAS sebagai penyedia silinder LPG komposit yang selamat, ringan dan inovatif untuk pasaran Malaysia.

 

Silinder komposit yang diperkenalkan bukan sahaja lebih ringan dan tidak berkarat, malah direka untuk meningkatkan tahap keselamatan penggunaan di dapur serta memudahkan pengendalian oleh pengguna.

 

Dalam mendepani cabaran industri tenaga yang semakin kompetitif, ACGAS terus menyesuaikan strategi perniagaannya dengan memberi tumpuan kepada inovasi produk dan pendigitalan perkhidmatan.

 

Syarikat kini giat memperkenalkan penggunaan silinder komposit bagi sektor komersial selain memperluaskan fungsi aplikasi mudah alih ACGAS bagi memudahkan urusan pembelian dan pengurusan bekalan gas oleh pengguna. 

 

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must-Watch Video

Advertisement