Skip to main content

Hiburan

“Angka RM5 Juta Hanya Anggaran, Pada Peringkat Ini…” - Dr. Akberdin Sahkan Kes Fitnah Rumah Tangga Dr. Afifah Mungkin Dibawa Ke Mahkamah

Dr. Akberdin

Sekilas

  • Peguam Dr. Afifah Hidayah, Datuk Akberdin Abdul Kadir, mengesahkan notis telah dihantar kepada pihak yang membuat kenyataan fitnah mengenai rumah tangga anak guamnya bersama Nubhan.
  • Setakat ini, tiada maklum balas diterima dan jika tiada respon selepas tempoh notis tamat, kes akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
  • Isu cerai, hadanah, mutaah, harta sepencarian dan nafkah iddah akan diselesaikan secara berperingkat selepas prosiding cerai pada 2 Disember ini.

Peguam kepada Dr. Afifah Hidayah Tawfek iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan pihaknya sudah menghantar notis kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan berhubung urusan rumah tangga anak guamnya bersama penyanyi, Nubhan.

Walau bagaimanapun, Akberdin memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas sejak notis dihantar kepada pihak yang didakwa telah melakukan hantaran fitnah tersebut.

"Setakat ini belum ada sebarang maklum balas dari pihak sana, tempoh masa yang diberikan dalam notis berkenaan juga masih berbaki sedikit sebelum tindakan lanjut diambil.

"Sekiranya masih tidak ada sebarang respon selepas notis tamat, kita akan bawa kes ini ke mahkamah dan failkan di sana, kemudian mahkamah yang akan putuskan," katanya kepada Gempak.

Akberdin berkongsi perkata tersebut ketika ditemui usai prosiding hadanah melibatkan tiga anak Nubhan dan Dr. Hidayah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Rabu.

Ketika diminta mengulas mengenai tuntutan cerai bernilai RM5 juta yang dikaitkan dengan ibu kepada Dr. Afifah iaitu Dr. Zailah Zainudin, Akberdin berkata bahawa itu hanyalah jumlah tuntutan ganti rugi.

"Angka itu hanyalah anggaran, pada peringkat ini kita boleh sebut nak tuntut RM 5 juta, RM 10 juta atau RM 20 juta tapi keputusan akan ditetapkan oleh mahkamah juga akhirnya.

"Kita tunggu dah lihatlah. Hari ini kita dah pun selesaikan bab hadanah. Bab-bab lain kita tengok dulu macam mana, mungkin pihak-pihak akan berbincang semula dan kita mungkin akan buat satu lagi perjanjian. Setakat ini belum sampai situ lagi.

"Isu-isu selepas bercerai seperti mutaah, harta sepencarian, nafkah iddah akan diselesaikan secara berperingkat. Jadi pada 2 Disember ini kita akan bereskan isu cerai dulu, setelah itu mahkamah akan sahkan pula berkaitan lafaz rujuk, kemudian barulah kita boleh selesaikan hal lain secara berperingkat,"katanya lagi.

Terdahulu, seorang individu mencuri perhatian apabila mendakwa ibu mentua Nubhan menuntut RM5 Juta bagi pampasan jika nekad untuk menceraikan Dr Afifah.

Selain itu, Nubhan turut didakwa perlu membahagikan harta secara sama rata dengan 50 peratus milik Dr Afifah Hidayah.

Sebelumnya, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad telah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap Dr. Afifah di Mahkamah Syariah Sepang.

Nubhan kemudiannya memfailkan tuntutan hadanah penuh terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurnikan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Must-Watch Video

Advertisement