Skip to main content

Hiburan

Angkat Kisah Hantu Serantau, Kisah Bawah Tanah Buktikan Animasi Tempatan Mampu Jadi Luar Biasa

Kisah Bawah Tanah

Sekilas

  • Siri animasi Kisah Bawah Tanah menggabungkan elemen seram dan komedi dengan mengangkat kisah hantu ikonik dari Asia Tenggara secara segar dan menghiburkan.
  • Siri ini memberi nafas baru kepada karakter hantu tradisional dengan pendekatan moden yang dekat dengan citarasa penonton masa kini.
  • Kisah Bawah Tanah boleh distrim di Astro One dan aplikasi Sooka setiap Isnin dan Selasa, jam 7 malam, sebagai usaha memperkasakan kandungan animasi tempatan.

Industri animasi tempatan kini melangkah ke satu tahap baharu menerusi sebuah siri animasi komedi seram yang bertajuk Kisah Bawah Tanah.

Tampil dengan pendekatan yang berani serta lain dari yang lain, siri animasi ini mengangkat kisah hantu ikonik dari seluruh Asia Tenggara dalam bentuk yang lebih ‘fresh’ dan menghiburkan.

Menggabungkan elemen seram dan komedi dalam satu naskhah, siri ini bukan sekadar menawarkan hiburan semata-mata, malah berjaya menghidupkan semula kisah-kisah rakyat dengan sentuhan moden yang lebih dekat dengan citarasa penonton masa kini.

Lebih menarik, Kisah Bawah Tanah bukan hanya memperkenalkan pelbagai jenis hantu yang cukup sinonim dengan budaya serantau, tetapi turut memberi nafas baharu kepada karakter-karakter ini dengan sisi yang lebih ‘hidup’, santai dan menghiburkan yang pastinya merupakan sesuatu yang jarang ditonjolkan dalam animasi tempatan sebelum ini.

Dalam masa sama, siri ini dilihat sebagai satu langkah besar dalam memperkasakan kandungan tempatan apabila ia bukan sahaja mengangkat warisan budaya, malah berpotensi menembusi pasaran Asia Tenggara dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

Usaha ini juga secara tidak langsung membuktikan komitmen Astro dalam menyokong karya tempatan berkualiti tinggi, dan dalam masa yang sama, membuka ruang kepada pengkarya tempatan untuk tampil dengan idea yang lebih berani dan kreatif.

Kisah Bawah Tanah juga menjadi simbol kepada evolusi penceritaan rakyat apabila siri ini menonjolkan idea yang lebih moden agar ia terus relevan dan tidak lapuk dek zaman.

Idea moden ini juga dilihat berupaya untuk menarik minat generasi baharu dalam mengenali warisan budaya sendiri.

Jadi, buat anda yang sukakan gabungan seram dan komedi dengan pendekatan yang luar daripada kebiasaan, jangan lepaskan peluang untuk menonton Kisah Bawah Tanah yang boleh distrim menerusi Astro One dan aplikasi Sooka, setiap Isnin dan Selasa, jam 7 malam.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box Action Figurine Collectible Toy

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box Action Figurine Collectible Toy

POP MART Nyota I Am the Seasons Series Figures Blind Box

POP MART Nyota I Am the Seasons Series Figures Blind Box

POP MART HACIPUPU Snuggle With You Series Figures Blind Box

POP MART HACIPUPU Snuggle With You Series Figures Blind Box

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Must-Watch Video

Advertisement