Skip to main content

Selebriti

Anis Suraya Bergelar Pensyarah, Tidak Terlintas Untuk Kembali Ke Industri - “Minat Masih Ada, Hanya Menyanyi Di TikTok Lepaskan Rindu”

Anis Suraya bergelar pensyarah

Sekilas

  • Anis Suraya mengesahkan dia tidak akan kembali aktif dalam dunia seni secara mainstream walaupun namanya masih dikenang melalui lagu-lagu popularnya.
  • Dia kini lebih fokus kepada keluarga dan bergerak dalam bidang seni yang berbeza seperti pengacaraan majlis dan mengajar seni suara secara part-time.
  • Anis masih menyanyi secara santai di TikTok sebagai cara melepaskan rindu terhadap dunia muzik yang dicintainya sejak kecil.

Penyanyi era 90-an, Anis Suraya, menjelaskan dia tidak akan kembali aktif dalam dunia seni secara mainstream seperti dahulu.

Menurut Anis, walaupun namanya masih dikenang menerusi lagu malar segar seperti Cinta Tersimpul Rapi dan Selamilah Hati Ini, namun keputusan itu adalah muktamad.

“Kembali semula ke dunia mainstream tidak akan berlaku. Memang tidak akan terjadi. Tapi minat menyanyi masih membara. Hanya untuk undangan sahaja,” katanya kepada Gempak.

Tambah Anis lagi, dia tidak pernah menghilang daripada dunia seni muzik, sebaliknya memilih untuk bergerak dalam laluan berbeza dan memberi tumpuan kepada keluarga.

“Saya masih lagi bergiat, tetapi dalam divisyen yang berbeza. Saya tak pernah terlintas untuk masuk GV atau kembali ke industri.

“Saya tak menghilang, saya masih ada. Cuma hilang daripada industri sebab saya tak lagi berada di bawah mana-mana syarikat rakaman, itu sahaja.

“Saya hanya menyanyi di TikTok sahaja dan ia sekadar untuk saya melepaskan rasa rindu pada dunia yang saya cintai. Sebab dari kecil memang saya nak menyanyi.

“Sekarang saya masih belajar seni, tapi bukan dalam bidang suara semata-mata. Saya juga buat kerja part-time sebagai pengacara majlis dan itulah sumber rezeki yang saya peroleh untuk terus aktif.

“Saya cuba jadi pengacara majlis dan juga part-time pensyarah. Pensyarah dalam bidang seni suara. Alhamdulillah, itu mungkin jalan terbaik untuk saya dekat dengan keluarga,” jelasnya.


 

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Must Watch Video

Advertisement