Sekilas
- Anne Hathaway mengumumkan kehamilan ketiganya pada usia 43 tahun melalui video di Instagram.
- Keputusan berkongsi berita itu dibuat selepas paparazi mengambil gambar dirinya di tempat awam.
- Anak ketiga ini akan melengkapkan keluarga Hathaway yang sudah mempunyai dua anak lelaki, Jonathan dan Jack.
Aktres Hollywood, Anne Hathaway mengumumkan sedang hamil pada usia 43 tahun. Ia merupakan kehamilan ketiga buat Hathaway.
Hathaway mengumumkan kehamilan ketiganya pada usia lebih 40 tahun sambil menunjukkan perutnya yang mula membuncit lewat potongan video di Instagram miliknya.
Bintang The Princess Diaries itu mengatakan mengambil keputusan berkongsi kehamilan terkininya selepas paparazi mengambil foto terkininya, lapor People.
“Jadi ada paparazi mengambil gambar saya di tempat umum dan pada waktu itu saya fikir orang pasti akan tahu saya hamil.
“Mungkin pada orang lain ia bukan hal besar tapi buat saya, okay inilah waktunya. Inilah gunakan media sosial,” katanya sebelum ini.
Isteri Adam Shulman ini menyambung: “Jadi jika ia akan berlaku, saya fikir biarlah ia datang dari saya dan bersifat peribadi.
“Maka saya umumkan (kehamilan).”
Jika anak ketiganya lahir, ia akan melengkapkan kehidupan dua anak lelaki mereka iaitu Jonathan, 10, dan Jack, 8 tahun. Sebelum ini Hathaway pernah keguguran pada tahun 2024.