Skip to main content

Hiburan

Anne Ngasri Terharu Jadi Panel Program ‘Bidadari Dambaan Syurga 2026’ - “Kita Tahu Permasalah Banyak Berkaitan Emosi…”

Anne Ngasri

Sekilas

  • Datin Anne Ngasri akan menjadi panel dalam program Bidadari Dambaan Syurga 2026 untuk membantu wanita memperkukuhkan emosi menghadapi cabaran hidup.
  • Program ini turut menampilkan usahawan wanita Datin Hamizan Puteh yang akan berkongsi pengalaman keusahawanan bagi memberi inspirasi kepada peserta.
  • Acara percuma ini akan diadakan di Laman Sejahtera, Sungai Koyan dengan sesi perkongsian dan pengisian berteraskan kerohanian serta pembangunan sahsiah diri.
Advertisement

Mahu memperkukuhkan lagi emosi para wanita menjadi sebab utama pelakon dan usahawan terkenal, Datin Anne Ngasri bersetuju menerima jemputan untuk menjadi salah seorang panel bagi program Bidadari Dambaan Syurga 2026.

Menurut Anne, dia tidak pernah menganggap dirinya seorang yang hebat, namun menyifatkan jemputan tersebut sebagai satu amanah untuk berkongsi perkara bermanfaat kepada masyarakat.

Advertisement

“Sebenarnya saya agak terharu dengan mendapat satu panggilan yang menjemput saya untuk menghadiri program sedemikian.

“Pada saya, saya tidaklah banyak ilmunya. Saya tidaklah hebat orangnya. Tetapi apabila diberi peluang, niat saya dan matlamat hidup saya adalah untuk membantu seberapa banyak orang untuk menjadi lebih berjaya dan dalam keadaan yang baik,” katanya kepada Gempak.

Mengulas lanjut, pelakon yang popular menerusi drama Cili Padi ini berharap program berkenaan dapat membantu golongan wanita memperkukuhkan emosi dalam mendepani pelbagai cabaran kehidupan hari ini.

“Kita tahu permasalahan hari ini banyak berkaitan emosi. Jadi program ini sebenarnya untuk pengukuhan emosi.

“Wanita ini sangat penting kerana mereka merupakan tunjang dalam sesebuah keluarga. Mereka juga berperanan melahirkan generasi yang tenang dan mampu memimpin negara dengan baik.

“Sebab itu saya rasa tanggungjawab wanita sangat besar. Program seperti ini mampu membantu mereka menghadapi apa sahaja situasi. Kalau rakyatnya tenang dan baik, insya-Allah negeri itu juga akan menjadi lebih baik,” ujarnya.

Selain Anne, program Bidadari Dambaan Syurga 2026 ini turut menampilkan ikon usahawan wanita, Datin Hamizan Puteh yang bakal berkongsi pengalaman jatuh bangunnya dalam membina empayar perniagaan sekali gus memberi inspirasi kepada wanita yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

“Alhamdulillah. Beberapa tahun lepas pun, saya diberi kepercayaan untuk satu anugerah ikon usahawan wanita.

“Jadi mungkin sebab itu juga pengalaman yang ada… walaupun tidak sehebat mana, mungkin saya boleh kongsi kepada golongan usahawan yang datang pada hari itu,” kata Hamizan.

Mengulas mengenai gandingannya bersama Anne, Hamizan menyifatkan kolaborasi tersebut mampu memberikan perspektif yang lebih luas kepada para peserta memandangkan kedua-duanya mempunyai pengalaman berbeza.

Katanya, pengalaman Anne dalam bidang seni, politik serta aktivisme masyarakat digabungkan dengan pengalamannya dalam perniagaan mampu memberikan perkongsian yang lebih seimbang.

Program Bidadari Dambaan Syurga 2026 akan berlangsung di Laman Sejahtera, Sungai Koyan pada Sabtu ini bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

Selain sesi perkongsian bersama Anne dan Hamizan, program percuma itu turut menampilkan penceramah Ustazah Yong Lynna James Baven Al-Almaniy serta Ustazah Farhatul Fairuzah dengan pengisian berteraskan kerohanian, pengukuhan emosi dan pembangunan sahsiah diri.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement