Skip to main content

Selebriti

Anwar Ibrahim Puji Persembahan Siti Nurhaliza, Peminat Tetap Setia Walaupun Hujan – “Hebat Datuk Seri Siti, Hebat Juga Semangat Peminatnya”

Anwar Ibrahim Puji Persembahan Siti Nurhaliza, Peminat Tetap Setia Walaupun Hujan – “Hebat Datuk Seri Siti, Hebat Juga Semangat Peminatnya”

Sekilas

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam Konsert Tradisional Gema Bumantara yang mengangkat warisan seni Nusantara.
  • Walaupun hujan, peminat tetap setia menonton konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dihadiri sekitar 63,000 penonton.
  • Anwar mengucapkan tahniah kepada Siti dan pasukan produksi serta menegaskan pentingnya memelihara seni dan budaya untuk generasi muda.
Advertisement

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung dengan cukup istimewa.

Menerusi perkongsian di Instagram Rasmi beliau, Anwar menyifatkan konsert berkenaan sebagai sebuah persembahan indah yang berjaya mengangkat kekayaan warisan seni Nusantara.

Advertisement

Malah, beliau turut kagum melihat semangat para peminat yang tetap setia menyaksikan persembahan penyanyi kesayangan ramai itu sehingga ke penghujung konsert meskipun hujan turun.

“Seronok malam tadi dapat menikmati persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam Konsert Tradisional Gema Bumantara yang begitu indah mengangkat kekayaan warisan seni Nusantara.

“Walaupun hujan turun, semua yang hadir tetap setia hingga ke penghujung persembahan, hebat Datuk Seri Siti, hebat juga semangat peminatnya,” kongsinya.

Advertisement

Dalam masa sama, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Siti Nurhaliza dan seluruh pasukan produksi atas kejayaan menjayakan persembahan yang disifatkan penuh jiwa itu.

Menurut Anwar, seni dan budaya sentiasa dekat di hati rakyat dan berharap warisan berkenaan perlu terus dipelihara agar dapat dinikmati serta dicintai oleh generasi muda.

“Tahniah kepada Datuk Seri Siti dan seluruh pasukan produksi atas persembahan yang cukup istimewa dan penuh jiwa.

“Saya sentiasa percaya seni dan budaya dekat di hati rakyat, justeru warisan ini mesti terus dihidupkan agar turut dinikmati dan dicintai generasi muda.

“Negara terus kita pacu maju, akar budaya dan jati diri bangsa tetap kita pelihara,” coretnya.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir untuk menyaksikan persembahan Siti Nurhaliza pada Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu.

Konsert tradisional berskala besar yang dihadiri sekitar 63,000 penonton itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa penyanyi jemputan seperti Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, Haziq Rosebi serta dua penyanyi Indonesia iaitu Lesti Kejora serta King Nassar.

Anda mungkin berminat dengan

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Must Watch Video

Advertisement