Skip to main content

Selebriti

Anzalna Nasir Nyata Sokongan Terhadap Sumud Flotilla - “Kekayaan Dunia Akan Hilang, Tetapi Pahala & Keberanian Di Jalan Allah Kekal”

Anzalna Nasir Nyata Sokongan Terhadap Sumud Flotilla - “Kekayaan Dunia Akan Hilang, Tetapi Pahala & Keberanian Di Jalan Allah Kekal”

Pelakon, Anzalna Nasir tampil menyuarakan sokongan penuh terhadap misi kemanusiaan Sumud Flotilla iaitu sebuah inisiatif yang membawa bantuan ke Gaza.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Anzalna
menzahirkan penghargaan terhadap keberanian dan pengorbanan para aktivis yang terlibat dalam misi bersejarah ini.

Advertisement

“Kekayaan dunia akan hilang, tetapi pahala dan keberanian di jalan Allah kekal. Sumud Flotilla adalah bukti bahawa kekayaan sebenar datang daripada iman, keberanian dan pengorbanan untuk keadilan,” tulisnya.

Malah, Anzalna juga menegaskan bahawa nilai kemanusiaan tidak boleh diukur dengan harta atau kemewahan semata-mata.

“Tak kira berapa kaya sekalipun anda, semuanya tak bermakna jika tiada hati dan perasaan,” coretnya.

Anzalna yang juga turut menyeru masyarakat untuk terus menunjukkan sokongan bukan sahaja dengan kata-kata tetapi juga melalui tindakan.

Tidak kita sama ada dengan menyumbang, menyebarkan kesedaran atau berdiri teguh bersama misi kemanusiaan seperti Sumud Flotilla.

Must-Watch Video

Advertisement