Skip to main content

Selebriti

Anzalna Nasir Titip Pesanan, Akui Mudah Tergoda Makanan Viral - “Bila Tengok Review Menarik Terus Nak Rasa Nak Cuba…”

Anzalna makanan viral

Sekilas

  • Anzalna Nasir mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu ikut trend makanan viral yang banyak manis dan pelik di media sosial.
  • Dia menegaskan pentingnya menjaga kesihatan dan kawal pengambilan makanan walaupun teruja nak cuba makanan viral.
  • Anzalna juga berkongsi peringatan ini untuk dirinya sendiri yang suka makan manis agar makan secara berpada-pada.
Advertisement

Pelakon, Anzalna Nasir tampil mengingatkan orang ramai agar jangan terlalu mengikut trend makanan viral yang semakin menjadi kegilaan di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Anzalna berkata dia juga tidak terkecuali daripada rasa teruja untuk mencuba pelbagai makanan yang tular, lebih-lebih lagi selepas melihat ulasan yang menarik.

Advertisement

Bagaimanapun kata Anzalna, aspek kesihatan juga jangan diabaikan selain perlu bijak mengawal kuantiti pengambilan makanan.

“Saya perasan sekarang banyak makanan pelik-pelik dan manis yang viral. Bila tengok review menarik, terus rasa nak cuba.

“Kadang-kadang kita nak support peniaga sebab tahu mereka cari rezeki, tapi jangan lupa fikir juga tentang kesihatan diri,” coretnya.

Advertisement

Dalam masa sama, Anzalna turut mengakui peringatan tersebut bukan sahaja ditujukan kepada orang ramai, malah buat dirinya sendiri yang menggemari makanan manis.

“Kalau teringin, boleh cuba, tapi jangan terlalu ikut nafsu. Makan berpada-pada, kesihatan lebih penting.

“Peringatan untuk diri sendiri juga yang suka makan manis-manis walaupun tahu diri dah manis cia cia cia,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Must Watch Video

Advertisement