Skip to main content

Hiburan

Anzalna ‘Okay’ Jenama Pakaian Guna Nama Untuk Produk Baju Raya - “Tak Adalah I Nak Saman Orang Melainkan…”

Anzalna Nasir

Sekilas

  • Pelakon Anzalna Nasir menerima pujian netizen selepas meluahkan hasrat untuk membeli baju raya yang menggunakan namanya.
  • Netizen memuji kecantikan Anzalna dan menganggap produk berlabel namanya sangat istimewa dan berkualiti.
  • Anzalna bersetuju nama dan jenamanya digunakan asalkan produk halal dan baik, serta hanya akan ambil tindakan undang-undang jika namanya dicemarkan.

Pelakon Anzalna Nasir menerima pujian daripada netizen selepas dia meluahkan hasratnya untuk membeli baju raya yang menggunakan namanya. 

 

Menerusi Threads, netizen menganggap Anzalna seorang yang mempunyai kecantikan luar dan dalam selain beranggapan produk yang menggunakan namanya juga sangat istimewa.  

 

“Anzalna bagi saya adalah satu indicator kecantikan yang premium in malaysia. So any product which label as Anzalna is so special. Bila tengok workmanship, detailing, outcome sangat wow. Then you know why called it as Anzalna,” katanya. 

 

Menyedari komen tersebut, Anzalna memberitahu dia tidak kisah ada jenama menggunakan namanya untuk produk mereka asalkan ia halal dan kearah kebaikan. 

 

Menurut Anzalna lagi, dia hanya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat pihak membusukkan namanya. 

 

“Wow! Thank you. Alhamdulillah. I okay je guna nama I asalkan halal dan ke arah kebaikan dan produk haruslah terbaik dari ladang.

 

“Kita semua cari rezeki. Tak adalah I nak saman orang melainkan dia busukkan nama I. I syamannnn youuuu!” kata Anzalna. 

Must-Watch Video

Advertisement