Skip to main content

Hiburan

Apa Jadi Dengan Amira Othman? Fattah Amin Mohon Doa Netizen - “Isteri Syurga Saya…”

Fattah Amin

Pelakon, Fattah Amin berkongsi isterinya, Amira Othman kini sedang dirawat di Hospital. 

Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, pelakon Pendekar Awang itu memuat naik gambar katil hospital dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan Amira. 

“Doakan isteri syurga saya, Amira Othman,” tulisnya ringkas. 



Bagaimanapun, Fattah tidak berkongsi lebih lanjut apa yang terjadi kepada isterinya . 

Pelakon tersebut difahamkan memuat naik hantaran tersebut lebih kurang jam 11 malam. 

Ketika dihubungi Gempak, pengurus Fattah Amin iaitu Acha, memaklumkan Amira dimasukkan ke wad kerana demam namun tidak dikongsikan keadaan sebenar pelantun lagu Hati-Hati.

Sekadar info, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Golden Palm Tree, Sepang pada 14 September lalu.

Must-Watch Video

Advertisement