Skip to main content

Hiburan

"Apa Yang Kita Nampak Dia Di Parlimen Itu Bukan Dia..." - Shaheizy Sam Kenang Pemergian Bung Moktar

Bung Mokhtar

Pelakon, Shaheizy Sam berkongsi sisi peribadi Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang tidak pernah diketahui ramai.

Menurut Sam, arwah yang juga abang iparnya itu adalah seorang insan yang sangat penyayang dan berbeza daripada imej tegasnya sebagai ahli politik.

“Apa yang kita nampak dia di Parlimen, itu bukan dia. Macam mana agresif dia pumpang-pumpang di Parlimen, dekat rumah dia sangat berbeza. Nak dengar dia tinggi suara, nak dengar dia marah… tak pernah," katanya.

Sam juga mendedahkan arwah mempunyai dedikasi tinggi terhadap rakyat di kawasannya.

“Setiap kali dia balik kawasan, mesti ramai orang nak jumpa.Dan dia tak pernah cakap tak boleh. Kalau sampai jam 4 pagi pun, dia akan jumpa semua orang yang datang," tambahnya.

Terdahulu, Pengerusi BN Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan itu menghembuskan nafas terakhir sekitar 1.46 pagi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Allahyarham dimasukkan ke hospital selepas mengalami kegagalan buah pinggang sejak Khamis. Ahli keluarga serta beberapa pemimpin politik berada di sisi beliau sehingga detik terakhir.

Pemergiannya bukan sahaja meninggalkan kesan kepada dunia politik, tetapi juga kepada keluarga dan mereka yang pernah menyaksikan sisi peribadinya yang jarang diketahui umum. 

Must-Watch Video

Advertisement