Sekilas
- Fattah Amin menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam bercakap, terutama di media sosial, dan tidak mudah percaya atau sebarkan fitnah.
- Pelakon itu menegaskan dia tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip diri dan menghargai sokongan serta doa baik daripada peminat.
- Fattah juga terlibat dalam kes mahkamah berkaitan hak lawatan anak, di mana permohonannya untuk prosiding komital ditolak tetapi bakal difailkan semula.
Pelakon, Fattah Amin menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dalam pertuturan, khususnya di media sosial.
Menurut Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, masyarakat tidak seharusnya mudah mempercayai atau menyebarkan perkara yang tidak pasti kebenarannya, apatah lagi melibatkan tuduhan yang boleh menjurus kepada fitnah.
“Janganlah kita fikir dan cakap benda yang bukan-bukan. Yang tengah berlegar-legar dekat media tu pun saya bagi tahulah, saya memang tak cakap benda yang tak baik ataupun nak buat benda-benda yang tak baik.
“Yang kalau keluar daripada yang bukan daripada mulut saya tu, maksudnya itu adalah daripada mulut orang lain. Dan kalau benda tu tak betul, menjawablah nanti kan dekat akhirat.
“Zaman sekarang ni memang mudah memfitnah. Korang boleh cakap apa saja, tapi Allah tu Maha Melihat apa yang saya buat tu,” katanya.
Dalam masa sama, Fattah turut merakamkan penghargaan kepada mereka yang sentiasa memberikan sokongan serta mendoakan yang baik buat dirinya.
Pelakon yang popular dengan drama Suri Hati Mr.Pilot itu turut menegaskan dirinya tidak akan sesekali melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip diri.
“Apa yang saya tahu, apa yang saya buat tu adalah perkara yang betul. Dan kalau benda tu saya tak buat, dan orang yang create fitnah tu, itu antara dia dengan Allah. Yang penting apa yang saya tahu, saya yakin apa yang saya buat ni adalah benda yang betul dan saya buat tu bersebab.
“Itu saja pesanan daripada saya. Terima kasih yang mendoakan baik-baik, yang cakap baik-baik. Okey. Faham, faham, ha kan. Ameen. Terima kasih yang sentiasa support, yang doa baik-baik, yang cakap baik-baik,” tambahnya.
Terdahulu, bekas suaminya, iaitu Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, dilaporkan mengemukakan permohonan secara ex parte terhadap aktres berkenaan atas dakwaan melanggar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan anak.
Bagaimanapun, pada 31 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak permohonan Fattah untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas isterinya.
Namun, Fattah dilaporkan bakal memfailkan semula permohonan bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital tersebut.