Skip to main content

Hiburan

“Apabila Perhatian Sentiasa Kepada Kita, Akan Ada Orang Yang Mengata, Kita Kena Kuat” - Jaclyn Victor

“Apabila Perhatian Sentiasa Kepada Kita, Akan Ada Orang Yang Mengata, Kita Kena Kuat” - Jaclyn Victor

Sekilas

  • Jaclyn Victor sedang bersiap sedia untuk mewakili Malaysia dalam program Singer 2027 di China dengan kembali belajar bahasa Mandarin dan membuat persiapan mental serta emosi.
  • Pengalaman menonton pentas akhir Singer di Changsha memberi Jaclyn kelebihan memahami suasana studio dan sistem produksi yang bakal dihadapi.
  • Walaupun memasang impian untuk menang, Jaclyn mahu menikmati pengalaman tersebut tanpa memberi tekanan berlebihan pada diri sendiri.
Advertisement

Penyanyi Jaclyn Victor mula membuat persediaan rapi termasuk kembali mengikuti kelas bahasa Mandarin sebelum mewakili Malaysia dalam program Singer 2027 di China tahun depan.

Menurut Jaclyn, pengalaman menyaksikan sendiri pentas akhir pertandingan tersebut di Changsha baru-baru ini memberi kelebihan buatnya untuk memahami suasana studio serta sistem produksi yang bakal dihadapi.

Advertisement

“Saya rasa sangat bertuah sebab dapat pergi ke Changsha tengok final. Saya dapat alami sendiri studio dan sistem bunyi mereka yang memang dahsyat.

“Perkara pertama saya kena buat adalah belajar Mandarin dengan lebih cepat. Walaupun boleh ada penterjemah, bagi saya yang tiada latar belakang Mandarin, sangat penting untuk belajar sendiri,” katanya.

Selain penguasaan bahasa, penyanyi berusia 47 tahun itu turut memberi perhatian terhadap persediaan psikologi, mental dan emosi kerana sedar penyertaannya bakal menerima perhatian ramai.

“Dalam dunia ini, apabila perhatian sentiasa kepada kita, akan ada orang mengata dan ada yang suka. Kita kena jadi sangat kuat.

“Saya dah hampir 23 tahun dalam bidang ini, jadi itu antara perkara yang sangat penting untuk saya persiapkan,” ujarnya.

Ditanya mengenai sasaran, Jaclyn tidak menafikan memasang impian untuk menang namun pada masa sama mahu belajar menikmati pengalaman tersebut tanpa memberi tekanan berlebihan terhadap diri sendiri.

“Mestilah kita pergi sebab nak menang tetapi apa-apa pun boleh berlaku. Ramai kawan pesan masuk sahaja dan berseronok.

“Itu yang saya tak pandai sebab saya jenis terlalu serius. Saya kena belajar relaks dan tidak meletakkan terlalu banyak tekanan pada diri sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Jaclyn yang kembali mengikuti kelas Mandarin selepas membuat keputusan menyertai Singer mengakui kekangan masa menjadi cabaran untuk melakukan ulang kaji secara konsisten.

“Kalau dua jam dengan ‘laoshi’ (guru), saya okey dan boleh buat ayat. Tapi bila seminggu tak tengok buku, saya mula lupa.

“Kalau boleh saya mahu kelas seminggu sekali. Tak guna tambah banyak kelas kalau tak ada masa untuk praktis dan proses semuanya dalam kepala,” jelasnya.

Terdahulu, Jaclyn dinobatkan sebagai juara sulung Singer 2026 Malaysia sekali gus memperoleh peluang mewakili negara ke Singer 2027 di China.

Pada pentas akhir, dia memukau menerusi gabungan lagu Where Is My Husband! dan Ikut Rentakku sebelum mempersembahkan lagu Mandarin, Divorce in Ghana dengan susunan muzik baharu.

Anda mungkin berminat dengan

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Must Watch Video

Advertisement