Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Apakah Nasib Zulfa, Afghan & Jamali? Saksikan Episod Akhir Bukan Henti Bicara Malam Ini

Apakah Nasib Zulfa, Afghan & Jamali? Saksikan Episod Akhir Bukan Henti Bicara Malam Ini

Sekilas

  • Drama Bulan Henti Bicara yang diadaptasi daripada novel Rissa Ahdiya akan menayangkan episod terakhir malam ini selepas 28 episod bersiaran di Astro Ria.
  • Drama ini mengisahkan Zulfa yang terpaksa mengorbankan cintanya kepada Afghan demi memenuhi kehendak bapanya, membawa kepada konflik keluarga dan rumah tangga.
  • Penonton akan mengetahui nasib Zulfa, Afghan dan Jamali dalam episod terakhir yang menampilkan pelakon Ezzanie Jasny, Ali Reza dan Azhan Rani.
Advertisement

Selepas hampir dua bulan menghiburjan penonton, drama Bulan Henti Bicara akhirnya akan melabuhkan tirainya menerusi episod terakhir malam ini.

Diadaptasi daripada novel karya Rissa Ahdiya, drama terbitan Treputree Sdn. Bhd. yang mempunyai 28 episod ini telah disiarkan menerusi slot MegaDrama, Astro Ria.

Advertisement

Sejak ditayangkan pada 27 Julai lalu, drama ini mencetuskan pelbagai reaksi penonton menerusi kisah Zulfa yang terpaksa mengetepikan cintanya terhadap Afghan demi memenuhi kehendak bapanya.

Keputusan itu membawa Zulfa berkahwin dengan Jamali, namun pengorbanan tersebut akhirnya mengheretnya ke dalam pelbagai konflik keluarga dan masalah rumah tangga.

Watak Zulfa, Afghan dan Jamali masing-masing dilakonkan oleh Ezzanie Jasny, Ali Reza dan Azhan Rani.

Selain di kaca televisyen, beberapa babak dan karakter Bulan Henti Bicara turut menjadi bualan penonton di media sosial sepanjang drama ini ditayangkan.

Kini, selepas 28 episod, persoalan mengenai nasib Zulfa, Afghan dan Jamali bakal terjawab.

Adakah Zulfa akhirnya menemui kebahagiaan? Adakah cintanya bersama Afghan kembali bersatu atau pilihan yang dibuat sejak awal menentukan masa depan mereka?

Selain Ezzanie, Azhan dan Ali Reza, drama Bulan Henti Bicara turut menampilkan Azar Azmi, Farah Ahmad, Hushairi Hussain, Qireen Din, Myra Afrina, Qaseh Izwandy, Nik Ramly, Qistina Rania dan Rafique Iskandar.

Saksikan episod terakhir Bulan Henti Bicara malam ini, 10 September, jam 10 malam di Astro Ria (Saluran 104).

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement